Pembongkaran skim Zenithgold (ZG)

Assalamualaikum,

Ramai bertanya dengan Admin tentang status syarikat ini. Selepas mengenalpasti modus operandi, memang jelaslah seperti scam emas sebelum ini. Cuma dari segi nama syarikat serta sedikit pengubahsuaian dari segi terma digunakan.

Dibawah adalah pendedahan oleh FB Group Ponzi Scheme Alert in Malaysia

Kita baca dengan hati terbuka. Semoga Allah SWT selamatkan diri kita, keluarga, rakan-rakan dari skim bertopengkan emas ini.

=================================================================

Sekarang mari kita lihat syarikat yang kononnya “international” lah sangat ini.

Anda semua hendak tahu siapakah pengunjung teramai website www.zenithgolds.com (ada ‘s’) yang konon sudah lebih 30 tahun bertapak di UK ini ? Yang konon International sangat ini ?

Mari kita dedahkan penipuan mereka:

Lihat gambar yang ditandakan dengan H.) dan I.)

13620202_250275088689213_4741459059312366176_n
Gambar H

Dari kedua kedua gambar screenshot terhadap statistik pengunjung ke laman web zenithgolds.com itu, kita akan dapati pengunjung teramai datangnya dari MALAYSIA… diikuti oleh BRUNEI… kemudian SINGAPORE…

capture
Gambar I

Hairan…

Cukup hairan… kata international… kata dari UK, dari British Island lah, dari Mexico lah, dari Canada lah… tetapi kenapa market terbesar nya di Malaysia ? Kat UK tak laku ke ? wahahahaha

Sebabbbbbbb… tauke skim penipu ini adalah dari Malaysia. Kerana itu ianya meletup atau pusat penyebarnya di Malaysia. Malah… product emas mereka juga, tidak mempunyai kelulusan dari Assayer Emas bertauliah (certified metal assayer).

Lihat gambar yang ditandakan dengan J.)

– Tiada tandatangan certified assayer

– serial number pada packaging gold bar tersebut bukanlah imprinted oleh tally sistem production, tapi manually stamped menggunakan stamp cop.

– ink yang digunakan pada packaging pun cap ayam, macam liquid paper, boleh diumpil dan pudar.

Gambar J
Gambar J

Dan yang paling penting sekali… kenapa mereka tiada tandatangan dari certified metal assayer ?

Kerana… emas mereka ini bukan datangnya dari lombong emas di luar negara seperti mana mereka claimed, iaitu dari Mulatos Mine di Mexico…

Besar kemungkinan emas emas ini, datangnya dari emas yang disamun / ditipu oleh skim skim sontot emas seperti Skim ETA Tok Belagak, Skim ETA Khazanah Bangsa dan seangkatan dengannya.

Malah Tok Belagak sendiri dalam satu wawancara temuramah dengan dia, dia berkata dia mempunyai stok 3 Tan (3000kg) Emas dalam simpanannya. WOW… kaya… mana dia dapat ? ada sesiapa enquiry ? Tiada…

Kalau kita semua perhatikan… sekarang ini, banyak sangat orang mula menjual emas dari brand entah apa apa ini ZG lah, Amesty (powergold) lah, DG, PokDin Gold lah dan entah apa apa brand lah… TETAPI, mereka ini tiada tandatangan certified assayer.

Kenapa pentingnya tandatangan certified assayer ini ?

Kerana, untuk mendapatkan kelulusan sesuatu emas itu dan mendapatkan tandatangan certified assayer ini, pengeluar emas jongkong ini hendaklah

  • Membawa surat beranak emas ini, dari lombong mana emas ini datang, siapa pengimportnya, waybills (bill kapal atau freight ketika mengimportnya).
  • Jika emas ni lebur semula, kemukakan certificate asal, kot emas rompakkan atau curi.
  • Telah diuji ketulenannya.
  • Telah dilihat process peleburan dan menjadikannya jongkong.
  • Kilang dilawati dan disahkan wujud.

Jikalau saya adalah kedai pajak gadai, atau kedai emas atau orang biasa…

Jikalau ada orang yang hendak menjual emas yang tanpa tandatangan certified assayer atau tanpa document yg sah ini, jika ianya tulen 100% sekalipun, saya akan membelinya 50% lebih murah dari harga pasaran.

Kerana apa ? kerana itulah cara hendak mengajar mereka penyangak ini. Kita tidak menyokong product hasil samun atau rompakan. Yang tiada declaration asal usulnya, tanpa tandatangan certified assayer.

Kerana itu, banyak kedai pajakkan Ar-Rahnu, tidak mengambil emas emas jongkong tanpa certified assayer ini.

Public Gold…. emas jongkong yang bukan keluaran mereka, tetapi mempunyai tandatangan certified assayer, mereka cuma minus -5% dari harga market, jika emas keluaran mereka sendiri mereka cuma minus -2% sahaja kerana itulah keuntungan mereka.

( * kedai emas biasa, biasanya minus -20% dari harga market.)

Rasanya public gold tidak membeli emas jongkong tanpa tandatangan certified assayer ini, kecuali emas perhiasan.

Tapi seperti saya katakan, jika ada orang nak jual pada saya emas takde tandatangan assayer ini, saya hanya akan beli 50% atau lebih rendah dari harga market… take it or leave it, Penyangak !!!

SOALAN BONUS :

Cuba tanya pihak Kastam Diraja Malaysia… ada tak syarikat yang membawa masuk Emas ZG ini membuat ikrar kemasukkan emas ini. walaupun emas tiada sebarang cukai. Tetapi ikrar membawa masuknya didalam kuantiti yang banyak tetap perlu dilakukan.

Sebab emas juga adalah instrument money-laundering, kena ikrar pengimportan nya jika melebihi nilai RM 20,000.

( * Borang K1 )

Saya tidak rasa emas ZG ini emas import… ini emas dari dalam Malaysia sendiri.

Emas dari hasil penipuan skim sontot emas… sebab bagaimana mereka hendak cairkan emas mereka kepada duit ? kena jual lah kan ?

Bagaimana hendak jual ? hendak jual dalam bentuk jongkong asal nanti kantoi. Maka, leburkan… buat brand emas sendiri. Kan ?

Kilang mana pun kita tak tahu kan ? cuba siasat mana source mereka dapat, kilang dalam hutan mana mereka lebur buat emas jongkong ZG ni. Kastam memang kata tiada rekod ikrar import… jadi mestilah emas ini dari dalam negara sendiri.

###########

Pesanan saya kepada kepada kawan kawan, kedai kedai ar-rahnu, kedai kedai emas semalaysia…

Tak payah amik kalau ada orang nak pajak emas takde tandatangan certified assayer ini. Ini emas samun.

Kepada kawan kawan atau kedai kedai emas, kalau ada orang nak jual emas macam ni yang tiada tandatangan certified assayer ni, boleh… korang tenyeh lah bagi 50% atau lebih rendah dari harga market. Baru mereka ada akai…

Kita beli, pastu nak jual balik. Memang orang akan buat yang sama kan ? jangan jual, pi hantar kedai lebur, buat emas perhiasan, bagi anak bini pakai, bayar upah buat perhiasan jer. Kan untung ?

Mereka tak boleh buat macam tu, berapa jongkong mereka ada, nanti rugi banyak sebab kena bayar upah buat perhiasan. kekeke

###

Untuk section ini, saya sengaja letakkannya untuk pengakhiran… bak kata omputih, “save the best for the last”.

Jika anda telah membaca 2 blog mengenai ZG pada PART 1 pembongkaran ini, dan jika anda meng-google mengenai ZG ini. Anda akan dapati ZG ini mencanang gebang mereka kononnya merekalah pemilik mesin mesin ATM emas di seluruh dunia. Kan?

13557730_250294678687254_6491164873797508888_n
Gambar K

Yang mana mesin mesin ATM Emas @ Gold Vending Machine ini, anda boleh membeli emas dengan membayar menggunakan tunai pada mesin tersebut.

Untuk makluman anda, mesin mesin ini bukan milik atau keluaran ZG. Ianya milik syarikat www.gold-to.go.com.

Yang mana sekali lagi mereka di ZG ini membuat penipuan camourflage mereka untuk mengelirukan, kerana logo pada mesin vending machine gold itu menggunakan huruf “Z”.

Z bukan nya ZG… cuba tengok logo ZG pada gambar J.), dia tulis Z ke ZG ? Lain kan ? mereka ini hendak bermain silap mata… tapi mereka silap lah.

Gambar yang ditandakan dengan K.) diambil dari salah satu dari 2 blog yang saya meminta anda membacanya sebelum ini. Mereka ZG mengatakan itu mesin mereka, business mereka yang kononnya international.

Cuba anda lihat pula gambar yang ditandakan dengan L.), yang mana saya screenshot kan dari video di youtube ini.

Gambar L
Gambar L

Tonton Youtube ini : http://bit.ly/29B4tVJ

Anda nampakkan ? logo pada mesin itu ialah “Z”, bukannya “ZG”. Tetapi mereka di ZG yang kuat perasan syok sendiri ini, mengaku yang kononnya itu mesin ciptaan dan keluaran mereka, perasan sungguh brainless ini, cipta tahi mata boleh lah mereka.

Alamat website dan operator mesin vending itu dengan jelas menyatakan :

Zen Gold ATM Ltd
423 Wey House 15 Church Street,
Weybridge, Surrey KT13 #D1
England

www.gold-to-go.com

Lihat gambar yang ditandakan dengan M.), itulah pemilik sebenarnya operator Zen Gold ATM Ltd ini. Registration domain mereka pun tidak hidden atau private, baru genuine business. Tidak macam ZG, Panama mari.

Tiada langsung nama ZenithGold International Limited sebagai pemilik operator Gold Vending Machine tersebut.

Dan gambar gambar yang dipotretkan oleh ZG, hanya sebahagian sahaja dari gambar mesin tersebut, tidak penuh. Kerana apa ? Kerana dibawahnya ada diletakkan nama operator mesin itu. Jadi mereka tutup disitu. kah kah kah tapi kantoi juga…. sebab mereka ingat mereka cerdik… sebenarnya mereka lupa, ini zaman Internet… bukan zaman tahun 1980. Semua maklumat dihujung jari jer, lagi lagi kalau pakar computer buat kerja, sekejap jer dapat korek.

##############################

Buat mereka mereka diluar sana, elakkan lah melabur didalam ZG ini..

Mereka adalah skim pelaburan haram sebenarnya, mengambil deposit awam tanpa lesen. Lebih kepada skim ponzi, kerana menggunakan sistem piramid sampai 20 level, siap ada bonus pairing, kaki sotong, placement, flush dan sebagainya.

Silalah baca semula 2 blog mereka ini, lengkap penjelasan mereka menjelaskan termasuk sistem piramid ponzi mereka.

1.) http://bit.ly/29onZYo

2.) http://bit.ly/29jXFO5

Mereka berselindung disebalik jual beli emas. Sebenarnya bukan, anda membayar dulu cash, dan mereka akan laburkan kononnya didalam Bursa Saham Emas Dunia. Mana ada bursa saham emas dunia!!! yang ada emas ialah dalam forex pada section komoditi.

Anda hanya akan mendapat jongkong emas ZG ini, jika anda melabur USD$1,000 (RM4,000), mereka bagilah anda emas 1 gram (free kononnya, gula gula)… kah kah kah… lepas tu tunggulah 400 hari, baru dapat 70% cash 30% dalam bentuk emas. Itu pun kalau mereka tidak cabut.

Konsep mereka guna ETA… sama macam sontotan Tok Belagak dan Skim Khazanah bangsa dulu.

Kerana itu ZenithGold International Limited (ZG) ini masuk didalam senarai Aktivity tidak Berlesen BNM. Lihat gambar yang ditandakan dengan N.)

13620947_250305128686209_4262463040828431262_n

Download Watchlist BNM: Financial Consumer Alert List

Syarikat Zenith ada pada list ke-269

Kepada BNM… saya tahu masalah anda, anda takut tidak boleh mendakwa mereka, kerana mereka bertopengkan penjualan product emas. Tapi cuba baca blog mereka yang saya berikan itu, jelas mereka mengatakan “PELABURAN”, dan bukannya jual beli emas.

Dan nanti bila pelaburan dah untung, baru mereka bayar dalam emas 30% dan cash 70%.

Ini bukan lagi jual beli… jelas ianya pelaburan haram… apa tunggu lah… kasi angkut lah kepala kepala nya… mereka memang tiada office di Malaysia, tapi kepala kepala nya atau marketer marketer nya ialah office bergerak mereka. Cekup jer semua…

Didalam islam ini dah Riba’… orang jual beli emas ini, aku bagi cash, kau bagi emas on the dot… bukannya tunggu 400 hari.

Kawan kawan… tolong screenshot apa yang patut, termasuk 2 blog yang saya katakan itu… mana tau mereka delete pasal nak cover…

Terima kasih semua…

Bersambung pada PART 3 disini : http://bit.ly/29sXheo


Lihat juga pada BONUS track Pembongkaran :

BONUS 1 disini : http://bit.ly/29Cg7PT

BONUS 2 disini : http://bit.ly/29zlmRz

BONUS 3 disini : http://bit.ly/29uxJ0I

========================================================================

Leave a Reply

%d bloggers like this: