public-gold-logo-maroon
Otak yang lesu
Home » Kisah Motivasi  »  Otak yang lesu
Otak yang lesu
[whatsapp]

Apakah akan terjadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan tinggal lama tanpa dihidupkan? 

  • Ia akan semput, susah nak hidup dan adakalanya rosak. 

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir ia akan jadi rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, otak kita akan jadi lebih efisien dan lebih sihat apabila lebih banyak berfikir. Di sini juga sebahagian daripada cara menggunakan momentum diri untuk terus berjaya.

Cara Menggerakkan Momentum:

  1. Membanyakkan berfikir tentang idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategi perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara mengembalikan pelanggan yang lari dan sebagainya.
  2. Apa yang saya sering lakukan ialah bawa buku nota kecil (mcm buku 555) dan pen ke mana-mana sahaja. Dapat idea saja cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang dlm masa sehari ada berbelas idea yang boleh saya dapat!