Sepanjang 10 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut adalah soalan paling kerap ditanya oleh pembeli-pembeli emas kepada saya:
1) Apakah Public Gold?
- Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama dan terbaik di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan di Malaysia, Singapora, Jakarta dan akan datang di Brunei Darussalam.
- Produk yang dikeluarkan dan dijual adalah jongkong, dinar, dirham dan Akaun Emas GAP.
- *Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank.
2) Adakah Public Gold Multi Level Marketing (MLM)?
- Tidak. Konsep Public Gold bukan MLM.
Ianya perniagaan emas. Konsepnya beli emas dapat emas sama seperti Kedai Emas. Bezanya ada 3 iaitu:
-
- Harga emas Public Gold jauh lebih rendah. Spread margin (susut nilai) semasa hendak menjual semula adalah rendah. Cuma tolak 7-9% dari harga semasa.
-
- Anda boleh membeli emas 24 jam sehari.
- Dan boleh mula membeli serendah 1 gram emas.
3) Adakah di Public Gold mempunyai panel Syariah?
- Konsep Public Gold adalah membeli emas dapat emas. Apabila konsepnya begitu maka sudah menepati syarak. Sama juga seperti kedai emas ditepi jalan, konsepnya serupa, beli emas dan dapat emas.
- Akan tetapi Public Gold mengambil langkah proaktif dengan melantik AmanieAdvisor yang dinaungi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai panel syariah Public Gold.
5) Berapa harga emas terkini?
- Harga emas Public Gold adalah mengikut harga emas dunia dan berubah setiap 20 minit selama 24 jam sehari.
- Harga emas GAP pula dikemaskini pada setiap jam 12:00 tengah malam
6) Apakah jaminan sekiranya emas hilang?
- Emas adalah seperti wang duit. Jika kita menyimpan wang dengan baik, duit kita tidak hilang. Sebaliknya jika kita cuai, maka duit itu akan hilang. Sama juga seperti emas.
7) Dimana mahu jual emas Public Gold?
- Secara asas emas Public Gold yang disahkan tulen dan bersijil boleh dijual dimana sahaja hinggalah luar negara. Namun, untuk mendapatkan keuntungan yang lebih, emas hendaklah dijual di Public Gold sendiri.
- Boleh je kalau kalian nak jual di kedai emas. Tapi kena tahu spread di kedai amat tinggi. Sekurangnya tolak 25% - 30% dari harga semasa.
8) Bagaimana cara sahkan ketulenan emas Public Gold?
- Ketulenan emas Public Gold disahkan oleh Assayer melalui certificate atau sijil yang disertakan bersama setiap produk emas.
- Tambahan pula emas Public Gold di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA), maka ketulenan emas tidak perlu diragui lagi.
9) Dimana mahu menyimpan emas yang dibeli?
- Emas yang dibeli dalam kuantiti yang kecil boleh disimpan dimana-mana kerana emas adalah kecil dan mudah disorok.
- Atau anda sewa peti simpanan bank atau syarikat berdaftar.
- Public Gold juga menyediakan peti simpanan emas iaitu Public Safe untuk menyimpan emas. - Public Safe di Relau, Pulau Pinang -
10) Bagaimana jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?
- Di Public Gold, beli emas dan emas tersebut akan diserahkan dan berada di tangan anda.
- Sekiranya Public Gold ditutup, anda tiada masalah kerana anda boleh menjual emas Public Gold dimana sahaja kerana emas laku diseluruh dunia.
11) Bolehkah mendapat untung setiap bulan dengan membeli emas?
- Tidak boleh. Konsep pelaburan emas sebenar tidak menawarkan sebarang pulangan bulanan tetap (ia adalah riba).
12) Apakah boleh pajak gadai emas Public Gold di arrahnu?
- Ya boleh. Emas Public Gold boleh dicairkan di arrahnu jika disaat kesempitan wang @ memusing modal perniagaan.
13) Bagaimana cara untuk menjadi dealer emas Public Gold?
- Rujuk promosi terkini Public Gold. Bagi bulan December 2016, dengan pembelian emas GAP akaun berjumlah 50 gram, secara automatik anda bergelar Dealer Public Gold!
14) Bagaimana dengan zakat?
- Zakat emas sebanyak 2.5% dikeluarkan apabila sudah cukup 2 syarat ini iaitu:
- Cukup haul (setahun)
- sebanyak 85gram dan ke atas.
15) Bila hendak bermula beli?
- Beli sekarang, kerana harga emas setiap hari berubah. Jangan tunggu harga emas rendah. Selagi anda tidak beli, selagi itu anda tidak merasa auranya.
- Beli dan lihat perkembangan, bukan lihat dulu baru nak beli.
- Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
- Triple Star Master Dealer | PG000839
- HP: 0198884452