public-gold-logo-maroon
Kenapa wanita lebih pandai menyimpan dan melabur berbanding lelaki?
Home » Kisah Motivasi  »  Kenapa wanita lebih pandai menyimpan dan melabur berbanding lelaki?
Kenapa wanita lebih pandai menyimpan dan melabur berbanding lelaki?
Baru-baru ini kajian mendapati yang orang perempuan lebih pandai melabur  berbanding orang lelaki? Macam tak percaya pula kan? Apakah faktor yang menyebabkan wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki? 3 faktor tersebut ialah: 1. Lebih Pandai Bersabar Ya, wanita lebih bersabar dan berhati-hati apabila membuat pilihan. Mereka lebih banyak mengkaji dan setelah persediaan rapi dibuat, barulah mereka membuat pelaburan sama ada dalam bidang hartanah, emas dan sebagainya. Mereka juga lebih tenang dan tentunya tidak akan panik jika berlaku sesuatu krisis ekonomi. 2. Rendah Hati Orang lelaki selalunya perasan yang mereka sudah mempunyai ilmu yang cukup, tapi sebenarnya tidak. Biasanya lelaki akan kecundang beberapa kali, sebelum mereka mula bangkit. Ini berkait rapat dengan sikap over confident orang lelaki. Orang wanita pula lebih suka bertanya sana dan sini (kajian) dan memastikan ilmu betul-betul cukup sebelum melakukan sebarang tindakan. Pengalaman saya, wanita ni lebih berani bertanya..  -
'En Hafizul, saya nak dapatkan ebook - nak faham tentang emas sebelum decide beli.."
3. Suka elak Risiko Naluri wanita turut memainkan peranan, di mana wanita suka mengambil risiko yang lebih kurang berbanding lelaki. Wanita mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam memilih pelaburan yang berisiko tinggi dan tetap setia dengan strategi mereka. Ini menunjukkan yang wanita mungkin terkebelakang sedikit dari segi keuntungan, tetapi wanita juga kurang rugi berbanding lelaki. Kesimpulannya, tidak kiralah anda wanita atau pun lelaki – anda perlu mempunyai ilmu, mentor dan persediaan yang cukup sebelum memulakan sebarang langkah untuk membuat sebarang pelaburan. Jadilah pelabur yang lebih bijak – jadilah seperti pelabur wanita! Pengalaman HH: Kebanyakan penyimpan emas saya terdiri dari golongan wanita. Mereka gemar membaca, membuat penilaian teliti kemudian baru melabur emas. Soalan pula lebih bersifat security, lelaki pula gemar bertanya - berapa banyak dan berapa cepat untung 😉 Kredit: majalahlabur.com