public-gold-logo-maroon
Kenapa Nilai Duit RM kita Semakin Jatuh?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Kenapa Nilai Duit RM kita Semakin Jatuh?
Kenapa Nilai Duit RM kita Semakin Jatuh?
Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi. Ekonomi seluruh negara lain di dunia menggunakan sistem yang sama. Semua bersandarkan kepada fiat money. Duit yang diperakukan nilainya oleh kerajaan sesebuah negara dan TIADA nilai instrinsik.
  1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun.
  2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
  3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit.
  4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara Malaysia pun ada jual bon pada masa-masa tertentu).
  5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS).
  6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali.
  7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa US buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
  8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain.
  9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion.
  10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi.
  12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.
  13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja).
  14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
  15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit.
  16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh.
  17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan dlm bentuk wang tunai).
  18. Apabila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
  19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
  20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
  21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah.
  22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
  23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
  24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan).
  25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
  26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
  27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai  pun semakin sedikit.
  28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
  29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi.
  30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit?
  31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
  32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi.
  33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
  34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri.
  35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
  36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
  37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS.
  38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia. Seperti diramalkan oleh ramai pakar-pakar ekonomi dunia.
Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah. . Do the right thing 😉 Simpan sebahagian simpanan anda dlm bentuk emas fizikal!
Emas kekal bernilai sepanjang zaman dan diterima di seluruh dunia.