Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang (of course duit ada). Semua pelancong akan cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tak tahu bagaimana.
Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan Farhan berkongsi petua bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah di blognya iaitu kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca trik yang beliau amalkan.
1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
- Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.
- Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu.
- Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
- Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang.
- Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.
- Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.
- Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
- Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan.
- Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.