public-gold-logo-maroon
Runner barang pun dapat simpan 1 gram emas setiap bulan. Bagaimana?
Home » Gold Accumulation Program (GAP)  »  Runner barang pun dapat simpan 1 gram emas setiap bulan. Bagaimana?
Runner barang pun dapat simpan 1 gram emas setiap bulan. Bagaimana?
KUCHING - Bertemankan sebuah motosikal dan beg galas, dia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar Kuching dan Kota Samarahan untuk menghantar pesanan pelanggan. Nama glemer nya K-RUSH (Khairul Runner Upah Seikhlas Hati) Dalam sehari Khairul turut menyatakan beliau dapat menyiapkan hampir 5 tugasan menghantar barang dalam sehari dan kadang-kadang dlm satu tugasan ada beberapa tugasan lain lagi dari orang yang sama. Memilih untuk memberi khidmat sebagai penghantar barang, Khairul Amri Zakari,  tidak memilih barang yang dihantar. Daripada sekecil-kecil barang sehinggalah kepada kotak besar, dia sedia menerima upah asalkan membawa rezeki pada dirinya. Lebih menarik, Khairul Amri Zakari tidak meletakkan harga tetap bagi khidmatnya itu, sebaliknya membiarkan pelanggan memberikan upah mengikut keikhlasan hati mereka. Dia giat mencari rezeki buat diri serta keluarga apatah lagi sudah mempunyai puteri perempuan yang hampir berusia 2 tahun. “Soal upah bukan perkara penting. Saya serahkan kepada pelanggan untuk memberi seikhlas hati mereka. Kalau dapat RM10 sehari pun, saya anggap ia sebagai rezeki.   “Tak kisahlah apa orang nak kata. Asalkan memberikan rezeki yang halal selain membawa pengalaman kepada diri saya,” katanya.
Gambar kenangan Khairul iaitu kali pertama memulakan kerja penghantaran beliau pada Januari 2015
Daripada riak wajahnya, memang tergambar rasa puas dan selesa melakukan perkhidmatan ini. “Saya lakukan kerja ini bukan sahaja atas dasar mencari rezeki, malah lebih kepada menolong orang. Penghantaran paling jauh adalah sekitar Batu 13 dan Kota Samarahan. Ada juga pelanggan dari semenanjung Malaysia yang menggunakan khidmat saya untuk pembelian kek lapis Sarawak dan ikan terubok masin." “Saya sedia menawarkan khidmat ini bila-bila masa sahaja sekiranya pelanggan terdesak untuk gunakan khidmat saya. “Malah saya juga bukan sahaja menawarkan khidmat hantar barang, tetapi buat khidmat lain seperti menguruskan dokumen di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya,” katanya. Katanya, dia memulakan tugasnya seawal lapan pagi sehingga lewat malam sekiranya masih ada permintaan dari pelanggan. “Biasanya kalau dokumen atau barang itu penting sangat, saya akan terima juga walaupun dah malam,” katanya. Mengapa dan bila mula menyimpan emas dengan Public Gold? Saya beli emas selamat sebab nilai emas tidak susut macam duit kertas. Saya nak pastikan hasil daripada titik peluh saya tahan lama dan tidak dihakis oleh inflasi. Selain itu, emosi berbelanja juga dapat dikawal dengan menukarkannya dalam bentuk emas. Apabila dah jadi emas dlm kepala saya cuma ada satu perkataan: S.I.M.P.A.N Khairul mula simpan emas menerusi Gold Accumulation Program (GAP) sejak bulan April 2015. Target beliau nak simpan emas sejak bulan January 2015 tapi pada tiga bulan pertama job merunner belum stabil, so hasrat tertangguh. Selepas bulan ke April baru ada pelanggan secara konsisten.. "Sejak bulan April 2015, saya beli emas menerusi GAP secara konsisten at least 1 gram setiap bulan dan jumlah ketika ini sudah ada 20 gram. Ada 10 gram lagi masih dlm akaun, insya Allah jika ada rezeki, bulan ni saya beli another 1 gram dan akan dapat 10 gram yang ke-2. Insya Allah untuk tahun 2017 saya berdoa, rezeki dipermudahkan oleh Allah SWT."
10 gram emas Public Gold
Tips Displinkan Diri Menyimpan "Senang saja.. Matlamat biar jelas dan janji dengan diri sendiri untuk buat yang terbaik dlm pekerjaan.." Khairul membahagikan tabung simpannya kepada dua bahagian iaitu:
  • Tabung Emas GAP (RM200 setiap)
  • Takaful (RM100 setiap bulan)
Dalam sehari mesti ada WAJIB letak dalam tabung walaupun hari itu tiada job merunner... Tapi setiap hari memang ada job walaupun pada hujung minggu dan cuti umum. Khairul Amri Zakari yang sudah hampir dua (2) tahun menyediakan khidmat tersebut berkata, hasil diperoleh tidak selalu banyak namun dia tetap bersyukur. “Purata perolehan saya untuk setiap hari adalah sekitar RM50 hingga RM100. Bergantung kepada kerja yang saya dapat pada hari itu. “Jika rezeki saya baik, dapatlah lebih daripada itu,” katanya. Dengan Public Gold saya dapat mereleasasikan hasrat simpan emas dengan modal kecil. Tak semua orang mampu beli sekaligus 10 gram atau 1 dinar, tapi dengan GAP saya dapat kumpul sikit-sikit misalnya 1 gram setiap bulan.
Antara servis yang ditawarkan oleh K-RUSH
Hasil perkongsian dari customer emas saya ni diharap membuka mata ramai orang, sebenarnya sesiapa pun mampu menyimpan emas jika mereka mempunyai perancangan yang baik dan betul.  Kisah Khairul (runner) dan Meor (penjual nasi lemak) yang menyimpan emas setiap bulan/minggu diharap dapat memberi motivasi kepada orang ramai, jika mereka boleh mengapa kita tidak? Buat anda yang ingin menggunakan khidmat Khairul, anda boleh hubungi beliau di: