Ramai sebenarnya anak muda diluar sana tersilap langkah gara-gara cuba memenuhi impian yang sekian lama mereka simpan, ada yang baru bekerja tiga hingga empat bulan membeli liabiliti susut harga dan menanggung hutang besar dan lama.
Dalam menyimpan, bukan soal berapa banyak nak disimpan tetapi nak memupuk konsistensi kita dalam menyimpan. Di sini saya cadangkan kepada pembaca terutama anak muda menyimpan 1 gram emas sebulan.
Sebagai langkah permulaan, 1 gram sebulan bukanlah perkara yang besar. Kalau kita bergaji RM2,000 ianya kurang dari 10% dari jumlah gaji. (Harga 1 gram 29/12/2016: RM177/g). Anggaplah simpanan emas ini dana untuk dilupakan. Asal masuk gaji - perkara pertama terus tolak siap-siap 1 gram. Selebihnya baru kita masukkan ke dlm Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
TAKTIK SIMPLE TAPI KESAN HEBAT
(a) Masuk gaji - tolak siap-siap 1 gram GAP. Kaedah terkini top up GAP memberi keselesaan semua orang. Hanya dihujung jari tak sampai 5 minit proses pembelian emas GAP selesai. Habit saya sekarang ini apabila masuk gaji, saya terus beli 1 gram tanpa melihat berapa harganya. 12 bulan buat benda sama - 12 gram emas dlm tangan!
(b) Averaging Technique - Mengapa saya beli tanpa melihat harga, pertamanya saya nak confirmkan 1 gram sebulan memang ada. Katakan harga 3 bulan kebelakangan: RM170, RM180 & RM190 - Purata untuk 3 harga ini adalah RM180! Sebab itu tak risau. Jika harga emas turun dlm bulan yg sama dan saya ada lebihan tunai. Saya akan tambah lagi jumlah gram.
(c) Addicted - Kebanyakan penyimpan emas saya akan jadi seronok setelah mereka membuat simpanan konsisten selama 3 bulan berturut-turut. Mengapa? Mereka telah lihat perubahan amount gram bertambah. Dan bukan sesuatu yang pelik amount 1 gram akan jadi 2-3 gram setiap bulan. Kerana mereka dah faham konsep simpanan paksa.
(d) Nilai Emas makin tinggi - Historically, harga emas semakin tinggi dlm jangka masa panjang. Seperti aset yang lain, nilai emas nak tak nak terpaksa semakin meningkat. Saya mula menyimpan emas pada 2009 sewaktu harganya RM100. Hari ini masih lagi menyimpan emas!
GAP SIMPANAN MAGIC
Kenapa saya guna istilah MAGIC? Kerana proven tukar 360 darjah mindset seorang yang susah menyimpan kepada seorang suka menyimpan. Kaedah terbaik simpan emas secara konsisten adalah akaun GAP.
- Harga paling murah di Malaysia - tanpa yuran keahlian.
- Boleh beli melalui ONLINE - tak perlu susah-susah nak ke kaunter. (FPX Payment)
- Simpanan PERCUMA dengan Public Gold, eliminate perasaaan takut nak simpan emas.
- Boleh keluarkan dlm bentuk fizikal (redeem) bila-bila masa kita kehendaki di seluruh 18 cawangan Public Gold.
- Anda boleh pilih pengeluaran emas ikut selera anda - 1 gram, 1 dinar, 10 gram. Makin berat emas makin murah premium caj.
- Hafizul Hakim
- 29 December 2016