public-gold-logo-maroon
Zakat Pembiayaan & Pinjaman ASB
Home » Saving  »  Zakat Pembiayaan & Pinjaman ASB
Zakat Pembiayaan & Pinjaman ASB
Isu zakat ke atas Amanah Saham Bumiputera. Bersumberkan pembiayaan / pinjaman dari institusi perbankan. (1) Sebelum itu kita kena maklum, di Malaysia ada 2 pendapat dari institusi fatwa. Ada yang mengharuskan pelaburan ASB dan ada yang tidak mengharuskannya. Sila rujuk: 4 Panduan Halal Haram ASB. Itu mengenai ASB itu sendiri.
(2) Namun untuk pembiayaan / pinjaman ASB, tidak ada perbezaan pendapat. Pinjaman dari bank konvensional adalah jelas haramnya. Sila rujuk: Hukum Pinjaman / loan ASB (3) Jadi, apabila perkara (1) berbeza, maka institusi zakat pun berbeza pandangan tentang keharusan zakat ke atas ASB. Zakat atas simpanan pokok, dividen atau keduanya sekali. Institusi zakat bersepakat: i) Simpanan ASB yang pokok, iaitu yang menggunakan duit sendiri, adalah wajib dizakatkan apabila cukup nisab dan haul. ii) Manakala yang membuat pembiayaan / pinjaman. (a) Lembaga Zakat Selangor menyatakan: Wang yang didapati daripada pembiayaan secara syarak untuk membeli mana-mana saham yang syubhah hanya dikenakan zakat dan dikira pada pokok yang halal itu sahaja jika mencukupi syarat beserta nisab dan haul. (b) Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pula menyatakan: Zakat dikenakan ke atas dividen sahaja kerana pinjaman tersebut masih belum sempurna milik. Rujukan: (a) FAQ LZS (b) FAQ PPZ (c) Zakat Unit Saham ASB (d) Zakat Atas Harta Halal Sahaja Kesimpulan Apabila tuan sudah membuat pembiayaan ASB, maksudnya tuan bersetuju ASB itu harus hukumnya. Maka, panduan Lembaga Zakat Selangor tak boleh diguna pakai untuk diri tuan sebab mereka berpegang dengan fatwa ASB haram. Maka, sudah tentu tuan perlu mengikut panduan dari Pusat Pungutan Zakat WP, zakatnya dikira atas dividen. Jadi, tindakan tuan adalah: + Kira duit pokok sama ada cukup haul atau nisab, dan, + Kira zakat atas dividen ASB + Bayar zakat berdasarkan kiraan tadi. Itu sekiranya masih dalam tempoh pembiayaan. Manakala, sekiranya tuanĀ terminate pembiayaan / sudah habis tempoh maka zakat ke atas pokok perlu dibayar sejurus selepas menerima duit tersebut tanpa bertangguh-tangguh. Sumber: Pakdi.net