Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia? Mengapa harga emas Public Gold berubah mengikut harga semasa emas dunia tetapi harga emas di kedai langsung tak berubah?
- Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com
- Bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat dan setiap minit.
- RM5,341.82 per Oz (1 Oz = 31.10 gram) atau bersamaan
- RM171.76/gram
- Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas. Hanya pengilang emas sahaja dapat membeli emas pada harga spot ini kerana mereka membeli direct kepada pelombong emas.
- Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Habib Jewel, Poh Kong biasanya dikemaskini seminggu sekali (bergantung kepada rujukan harga FGJAM).
Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?
- Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.
- Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.
- Bagi kes Gold Investment Account (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. ini kerana gold saving passbook tak deal langsung dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.
- Berlainan dengan GAP Public Gold, harga emas sedikit mahal berbanding GIA bank (Gold Investment Account) kerana utk GAP anda boleh redeem dalam bentuk emas fizikal berketulenan 999.9 dan di iktiraf oleh LBMA.
- Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
- Master Dealer Public Gold
- HP: 019-888 4452