public-gold-logo-maroon
Skim “Kutu Emas” – Pandangan Dr Azman Mohd Noor
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Skim “Kutu Emas” – Pandangan Dr Azman Mohd Noor
Skim “Kutu Emas” – Pandangan Dr Azman Mohd Noor
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Soalan Minta pandangan ustaz pada skim kutu emas seperti di bawah:
  • 10 orang main kutu, selama setahun, setiap bulan setiap seorang dikenakan RM 1k sebagai tabungan/bayaran pendahuluan/ bantuan pendahuluan kepada peserta lain.
  • Maka setiap bulan akan terkumpul Rm 10 ribu. Orang yang mendapat cabutan pertama akan mendapat barang kemas dari emas telebih dahulu, walaupun wang yang dikeluarkanya baru RM 1 ribu, baki Rm 9 ribu akan dibayar pada setiap bulan dalam tempoh 9 bulan berikut.
  • Setiap bulan bila terkumpul Rm 10 ribu akan dibeli barang kemas emas untuk diberikan kepada peserta yg mendapat giliran yg berikutnya sehingalah bulan terakhir dibeli emas yang sama untuk diberikan kepada peserta terakhir. Jual beli ikut proses biasa, tidak bertangguh.
  • Persoalannya peserta pertama sehingga kesembilan dapat beli emas bukan dengan duit mereka yang terkumpul tetapi duit pungutan dari 9 peserta yang lain. Hanya orang yg kesepuluh baru duitnya yang terkumpul selama 10 bulan. Adakah ini dibenarkan?
Jawapan Dr Azman Mohd Noor: Bermain kutu ada amalan sebahagian masyarakat Islam khasnya wanita di Timur Tengah (dipanggil “Jumu’iyyah) , Afrika (di Nigeria ia dipanggil “adashi”dan Malaysia khasnya di Pantai Timur. Adapun apabila dilakukan secara amalan uruf masyarakat melalui pakatan atau persetujuan, tidak melibatkan cabutan bertuah, tidak melibatkan riba, bukan secara komersial, hukum perbincangan hukum asal adalah seperti berikut: Isu Shariah ialah mensyaratkan hutang dibalas dengan hutang iaitu “aqridni uqriduka”, yang bererti: “Bagi hutang kepada saya, saya akan bagi hutang pada kamu”. Kebanyak Fuqaha tidak membenarkan hutang bersyarat sebegini kerana ada unsur mengambil manfaat dari hutang. Namun, perlu kita fahami bahawa manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat yang  dikhususkan kepada pemberi hutang (lender). Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan.  Contohnya: “Pinjamkan saya duit RM 1k, dan tuan kena belanja saya makan”. Contoh riba ialah: “Pinjamkan saya 1k, saya akan bagi diskaun harga barang jualan saya”. Dalam kontek kutu, semua ahli akan memperolehi manfaat dan tidak disyaratkan siapa yang dapat dahulu atau hutang diberikan kepada individu tertentu. Mazhab Maliki pula membenarkan mewaqafkan duit secara bertempoh  melalui dana waqaf yang menyediakan khidmat pinjaman hutang kepada ahli/sesiapa yang memerlukan. Dalam konteks kutu, seolah olah duit simpanan bulanan dikumpul kemudian diberi pinjam kepada ahli secara bergilir. Ia tidak melibatkan dua pihak peminjam dan pemiutang, tetapi satu kumpulan peserta yang bertujuan untuk bekerja sama mengeluarkan duit pendahuluan bagi membantu anggota lain mendapatkan dana. Berdasarkan pandangan Mazhab Maliki yang membenarkan berhutang dari waqaf, dan konsep kerjasama, persepakatan dan persetujuan di antara ahli peserta kutu, (bukannya hubungan antara dua pihak),  tanpa melibatkan bayaran riba, saya berpandangan bahawa ia boleh dipertimbangkan. Adapun apabila dikaitkan dengan pakej emas, atau bertujuan untuk membeli emas, ia akan menimbulkan masalah dari segi Shariah. Ini kerana: 1. Masalah bagi pinjaman dan meminjam bukan lagi di atas keperluan biasa, tetapi disyaratkan dengan pembelian emas. Ini akan menimbulkan isu Shariah “gabungan bay’ wa salaf, (jual beli dan beri pinjaman). Lebih lebih lagi jika penganjur program kutu/penjual emas  juga ahli dalam kumpulan kutu tersebut. 2. Tujuan program ialah untuk membeli emas, dan setiap peserta akan memperolehi emas, maka di sini ada shubhah melibatkan jual beli emas secara bertangguh, samada pada bayaran atau serahan emas. 3.Harga emas berubah-ubah sepanjang tahun. Akan berlaku ketidak adilan kepada peserta mungkin ada yang dapat emas lebih dgn nilai RM 10k, ada yang dapat kurang. Ia melibatkan unsur perjudian. Dengan itu, saya lebih cenderung kepada tidak mengharuskan program “kutu emas”. Wallahua’lam Sumber: http://drazman.net/2014/10/skim-kutu-emas/