public-gold-logo-maroon
3 tip simpan duit lebih banyak berbanding orang gaji beribu sebulan.
Home » Saving  »  3 tip simpan duit lebih banyak berbanding orang gaji beribu sebulan.
3 tip simpan duit lebih banyak berbanding orang gaji beribu sebulan.
Ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecemasan, persaraan, dan sebagainya.
Kredit: MariaFirdaus
Tapi ini bukan alasan untuk korang berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar. Saya percaya, korang boleh menyimpan kalau sanggup cari dan belajar cara menyimpan yang betul. Untuk ini, saya nak kongsikan 3 tip yang boleh bantu korang menyimpan lebih banyak duit dalam bank. Mengeluh bukan jalan penyelesaian - meh saya bantu bagi buah fikiran untuk anda especially pasangan suami isteri:

Tip #1: Nilai balik dan ubah kos perbelanjaan isi rumah anda.

Kos tanggungan isi rumah menjadi sebab utama ramai tak mampu nak menyimpan (walaupun sikit). Ini termasuk isu kadar sewa rumah, bil eletrik dan air, makanan, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Secara umum, adalah elok untuk mengawal perbelanjaan isi rumah supaya tak guna lebih 25% daripada gaji kita.

Mungkin kat luar kawasan Kuala Lumpur, tanggungan seperti ini tak jadi masalah sebab kos sara hidup yang berbeza. Tapi untuk yang tinggal kat kawasan bandar, ia boleh buatkan kewangan kita jatuh sakit kalau tak diurus dengan baik.

Orang yang gaji beriban pun mengeluh, ini pula orang yang bergaji rendah. Kalau tak mampu nak menyewa rumah yang korang duduk sekarang, cari rumah dengan kadar sewa yang lebih rendah.

Bagi yang dah membeli dan memiliki rumah, mungkin korang boleh biaya semula (refinance) rumah itu dan dapatkan duit tunai (cashback), supaya ia dapat disalurkan kat akaun simpanan atau pelaburan.

Untuk yang masih bujang dah belum berkahwin, korang boleh sewakan bilik sebagai back-up untuk tanggung kadar sewa atau ansuran bulanan rumah.

Duit lebihan ini, tak usah pula belanja untuk perkara yang tak patut. Fokus utama kita adalah nak menyimpan sebanyak mungkin. Buat satu akaun simpanan tetap dan simpan duit ini secara berdisiplin setiap bulan. Paling mujarab - simpan 1 gram setiap bulan guna GAP account.

Tip #2: Rancang setiap perbelanjaan secara teliti.

Elakkan berbelanja ikut suka hati atau semata-mata menurut hawa nafsu. Dalam banyak kes, ini antara perkara yang akibatkan kewangan kita bocor.

Cara terbaik nak elakkan masalah ini terjadi adalah merancang perbelanjaan kita dengan baik.

Setiap kali nak ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang dapur, buat satu senarai barang yang kita nak beli. Dan ikut senarai itu dengan penuh berdisiplin.

Beli barang yang kita tulis kat senarai itu saja, dan tak perlu gatal tangan membeli barang lain. Setiap kali dapat gaji, buat perkara ini dulu sebelum bertindak keluar membeli barang keperluan ini.

Pendek cerita, strategi ini boleh elakkan korang terlebih berbelanja kat perkara yang tak patut. Dan pada masa yang sama, ia akan selamatkan kewangan korang daripada bocor tak tentu pasal.

Dan strategi ini tak terhad kat perbelanjaan barang dapur semata-mata. Perbelanjaan lain seperti kos minyak kenderaan, tol, atau makanan pun, korang boleh aplikasikan strategi ini. Ia cukup fleksibel untuk kita gunakan kat rata-rata jenis perbelanjaan yang ada.

Kalau korang perasan, kewangan kita senang bocor bila tak buat pelan perbelanjaan atau bajet dengan baik. Bila dah buat bajet nanti, korang akan perasan perubahan ketara dan lebih berupaya menyimpan lebih banyak setiap bulan.

"Ikut cara atas dan apply konsep simpan dulu baru belanja - pasti cukup!"

Tip #3: Jadi pemburu kupon diskaun yang sejati.

Sekarang ni, saya perhatikan banyak laman web yang tawarkan kupon secara digital yang kita boleh gunakan. Daripada nak beli baju, hingga ke barang basah dapur. Semua ada tawaran diskaun yang menarik.

Yang paling best, ia dah tentu berikan nilai tak terhingga kat duit kita. Bertambah-tambah selamat duit dalam poket kita membeli barangan keperluan asas. Antara yang terbaik dari pengamatan saya seperti:

Saya rasa tak patut kita abaikan laman web seperti ini, sebab ia berikan penjimatan yang cukup baik. Dah tentu duit baki lepas selesai membeli-belah nanti, kita boleh biarkan ia bersemadi dengan selamat dan aman dalam bank.

Mungkin korang boleh gunakan tawaran ini sekali dengan kupon fizikal yang boleh kita dapatkan kat akhbar atau majalah. Bertambah berbaloi-baloi!