Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian mengenai panduan menyimpan menurut Surah Yusuf ayat 47 yang dibincangkan di dalam buku Rancang Wang dari Sekarang tulisan Pakdi. Ayat tersebut berbunyi :
“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih) ” Surah Yusuf : 47 hingga 48Daripada ayat di atas terutama ayat 47, ada tiga isi utama yang dapat kita fahami iaitu:
- Menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya.
- Kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Gaji – Simpanan = PerbelanjaanPanduan Kedua Biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya. Ayat ini menunjukkan bahawa gandum perlu dibiarkan pada tangkainya sahaja dan disimpan. Ini adalah untuk mengekalkan khasiat gandum sebelum tujuh tahun sebelum ia digunakan sewaktu tujuh tahun zaman kesusahan.
- Apa yang kita boleh tamsilkan ayat ini kepada kita? Sudah tentu ayat ini menyuruh kita agar menukarkan duit kita kepada dalam bentuk aset ataupun komoditi seperti emas, perak, hartanah dan sebagainya.
- Kita perlu menukar duit kita dalam bentuk aset kerana supaya duit simpanan kita itu kalis inflasi. Duit RM50 dalam poket kita pada hari ini adalah tidak sama dengan nilainya untuk tempoh 5 tahun akan datang.
- Sekiranya anda tidak mahu menukar dalam bentuk aset sekalipun, anda boleh menyimpannya ditempat-tempat yang memberi pulangan dividen yang lebih tinggi daripada nilai inflasi tahunan semasa.