Pada awal perkenalan Mr S, kami bertemu di salah satu seminar emas bulanan saya di Cawangan Public Gold Kuching. Seorang yang berkulit gelap, agak selekeh penampilannya - tapi tak lekang dari senyuman.
Selepas habis penyampaian seminar Mr S telah berbisik pada saya, dia nak jadi dealer pada harga promosi RM10,000 pembelian akaun GAP dan letak nama saya sebagai Introducer. Semasa bersembang saya dengar beliau bercakap tanpa henti selama 30 minit. Memang seorang yang sangat suka bercerita. Saya ok je layan asalkan dia happy.
Selepas beberapa minggu kami bertemu kembali di cawangan Public Gold, dia sedang dlm proses menambah lagi simpanan emas GAP - 1 gram katanya. Sementara tunggu staff Public Gold menambah nilai (top-up) akaun GAP, dia mula bercerita:
"Saya sebenarnya penjual sayur midin dan buah-buahan di E-Mart Kuching. Setiap hasil jualan, saya akan tolak tepi 1 gram setiap hari. Saya mesti simpan setiap hari"
Wow, ini bukan calang-calang penyimpan emas. Dia mendapat bekalan dari pengutip sayur midin di kampung-kampung dan kemudian menjualnya di hotel-hotel terkemuka di Kuching. Lebihannya pula akan dijual di pasar basah.
Duit ini lah digunakan untuk membeli 1 gram emas GAP setiap hari, tak kira berapa harga per gram pada waktu tu.
"Orang ramai tak tahu sebenarnya penjual kaki lima ni, cash flow nya ada yang mendapat perolehan ribuan ringgit satu hari! Jangan pandang rendah pada mereka.. Saya dulu makan gaji kat bank - nampak smart tapi.. Tuhan je tahu keadaan kewangan kami.."
Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai sebuah bank yang ditugaskan menjaga section Non Performing Loan (NPL), semua pegawai bank mesti tahu ni section paling sukar. Kalau setakat migrain tu perkara biasa utk mereka yang menjaga NPL. Selepas 30 tahun bekerja, dia ditawarkan VSS dan tanpa berfikir panjang telah meletakkan jawatan.
Dalam fikirannya hanya satu, yang memberikan rezeki hanyalah Allah SWT bukan makhluk. Keputusan selepas berhenti adalah untuk menjadi penjual sayur di pasar basah utk meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai pelajaran anaknya di Universiti Petronas.
"Beza orang kita dengan kaum cina satu saja. Orang kita bumiputera biasanya - belanja dulu baru simpan.. Kononnya mcm tu, tapi takda simpanan pun. Lihat bagaimana kaum cina simpan duit, mereka simpan dulu baru belanja. Sama-sama habis di hujung bulan bezanya satu - Siapa ada simpanan?" kata Mr S
Beliau merupakan satu-satunya customer Public Gold yang kalau tak datang ke branch, staff PG akan call tanya - hari ni nak tambah emas dalam akaun GAP tak Mr S? (sebab Mr S dah pesan awal, takut dia lupa beli 1 gram setiap hari."
Dia turut hadir di JLT Kuching baru-baru ini dan kelihatan begitu bersemangat dan teruja dengan tips yang mentor-mentor emas Public Gold ajarkan. Dia tak sabar-sabar nak kongsi ilmu baru diperoleh terutama dari sudut stranger prospecting.
"Oklah Fizul, lepas JLT kita jumpa lagi. Terima kasih sebab kongsi dgn saya manfaat yang akan diperoleh jika hadir JLT. Kalau tak pergi JLT, saya tak tahu mcm mana nak mula bukak mulut kongsi dengan member2 kat pasar malam" katanya sambil memasang helmet full face. Bila tengok dari jauh di lobby Damai Puri, rupanya dia bawak superbike.
Saya geleng kepala. Ni penjual sayur alaf moden. Dah la simpan emas tiap hari, bawak superbike pulak tu..
"Gua Bikers jual sayur midin, Gua Simpan Emas"
Posting asal Hafizul Hakim
Authorized Master Dealer Public Gold
HP: 019-888 4452