Federal Open Market Committee (FOMC) bertanggungjawab kpd salah satu dari ‘key tools’ Federal Reserve iaitu ‘Open Market Operations’ (OMO). OMO bermaksud pembelian dan penjualan sekurities (T-Bills, T-Notes dan T-Bonds) kepada pasaran terbuka oleh sesebuah bank pusat – dlm kes ini ia merujuk kpd Federal Reserve.
Tanggungjawab FOMC menjadi lebih BESAR semenjak krisis kewangan dunia pada tahun 2008 – 2009. Ini kerana, salah satu strategi utama Fed dlm menstabilkan ekonomi US ialah melalui pembelian bon secara besar-besaran – yang dibuat melalui OMO. Ini seterusnya akan mempengaruhi permintaan dan penawaran US Dollar di dlm pasaran domestik US dan luar negara.
Oleh itu, setiap kali mesyuarat ini diadakan, para pemain pasaran, sama ada bond, saham, kewangan mahupun komoditi akan menantikan perkembangan terbaru dari Fed. Kesan dari mesyuarat ini – sama ada ‘hawkish’ (bagus kepada US dollar) ataupun ‘dovish’ (tak bagus utk US Dollar) – akan mempengaruhi semua pasaran yg menggunakan USD sebagai base quote nya.
Oleh kerana emas diniagakan di Commodity Exchange Inc (COMEX) dan menggunakan US Dollar sebagai ‘base quote’ (disebut di dlm US Dollar) maka sudah tentulah akan beri kesan secara langsung kpd harga emas.
Selain itu, keputusan-keputusan dlm FOMC juga akan mempengaruhi psikologi dan sentimen pemain pasaran. Bagi mereka yg mempunyai ‘risk on mentality’. mereka akan melabur di dlm pasaran yg mempunyai ‘high risk high return’ yg tinggi seperti pasaran ekuiti atau saham.
Bg mereka yg mempunyai ‘risk off mentality’, mereka mahu melihat wang mereka di laburkan dlm pasaran yg mempunyai ‘high risk dan return’ yg kecil dan perlahan – seperti pasaran bon.
Saya bagi 3 situasi kesan FOMC:
- “Jika hasil mesyuarat FOMC menyatakan yg mereka akan mengadakan QE4 dan menyuntik dana baru berjumlah US$500 Billion, sudah tentulah saham – Dow dan S&P terutamanya, akan meningkat dgn banyak. Ini lah yg berlaku semasa QE1 dan QE2 sebenarnya.
- Jika FOMC bercadang utk melaksanakan ‘Operation Twist’ kedua- dua Twisties, maka sudah tentulah bon yg akan menjadi sasaran.
- Dan jikalau FOMC mendapati kadar inflasi meningkat scara mendadak (seperti semalam 17/3/2017), hasil dari ‘stimulus package’ yg mereka laksanakan, maka EMAS akan dibeli utk menangkis inflasi!
“While tighter monetary policy is not bullish, inflation and a range of uncertainties, including European elections and protectionism should support the yellow metal. As such, we see prices at $1,400 (per troy ounce) by year-end”.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca. Miliki emas sebagai aset pelindung inflasi anda!
- Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
- Double Star Master Dealer Public Gold
- HP: 019-888 4452
- 6:19 pagi, 17 March 2017