Ali telah mendapat kerja sebagai pengurus di restoran selepas tamat pengajian dari university. Gaji bulanannya sebanyak RM3,000. Selepas bekerja beberapa bulan, seperti anak muda lain yang menganggap kejayaan mereka diukur dgn jenis kereta apa yang mereka pakai membeli kereta idaman pada harga RM150,000. Satu lagi penyakit kewangannya adalah tabiat suka menunjuk-nunjuk akan kemewahannya.
Sikap yang boros berbelanja menyebabkannya mengalami masalah kewangan utk wang ansuran kereta yg mencecah RM2,000 sebulan. Dia ambik keputusan meminjam dari Ah Long (pemberi pinjaman wang haram) sebanyak RM30,000.
Namun begitu, masalahnya masih tidak dpt diselesaikan. Ali tidak dapat membayar balik hutang beserta faedah yang sangat tinggi! Ali berasa tertekan dan dlm keadaan terdesak, Ali telah terjebak dengan kes pecah amanah terhadap majikannya dan menggelapkan wang sebanyak RM60,000 dari tempat kerjanya.
Akhirnya, Ali telah diberkas polis. Bapa Ali berasa susah hati. Dia tidak sanggup melihat anak kesayangan meringkuk dalam penjara lalu menggadaikan kesemua harga benda termasuk rumah dan kereta bagi settlekan wang kepada bekas majikan Ali.
Ali sangat menyesal dgn kesalahannya kerana telah mengganggu kelangsungan hidup ayahnya untuk bersara dalam keadaan aman selepas berpuluh tahun bekerja. Nampak gaya, rehat ayahnya tertangguh disebabkan tindakan yang di ambil oleh Ali.
Di sini, anda sudah nampak betapa pentingnya mendidik anak-anak dlm FQ (Financial Intelligence – Kecerdasan Kewangan), selain dari IQ (Intelligence Quotient – Kecerdasan Minda) dan juga EQ (Emotional Quotient – Kecerdasan Emosi).
Ramai graduan bijak dalam akademik tapi tidak pandai menguruskan kewangan dlm kehidupan masa kini. Oleh sebab itu, kita mesti memperkenalkan dgn anak-anak kepentingan FQ di samping EQ dan IQ.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda kefahaman pentingnya pendidikan kewangan. Bukan utk ajar mereka jadi cinta dunia, tapi lebih kepada bersifat positif utk kebaikan mereka.