
Contoh: | |
Baki di Bank Islam | RM2,000 |
Tabung Haki | RM3,000 |
ASB | RM10,000 |
Jumlah A | RM15,000 |
Contoh: | |
Ansuran Rumah | RM1,500 |
Ansuran Kereta | RM500 |
Belanja Dapur | RM400 |
Api, air & Telefon | RM200 |
Caruman Takaful | RM200 |
Minyak Kereta | RM250 |
Pakaian & anak | RM150 |
Ibu dan Ayah | RM400 |
Jumlah A | RM3,600 |
RM15,000 bahagi RM3,600 = 4.166
Huraian Nisbah
Contoh di atas menunjukkan yang individu ini 'mewah' cukup utk sara keperluan kehidupan selama 4.16 bulan saja.
Ini bermakna, tidak ramai yang mempunyai tabungan dlm bentuk mudah ditunaikan. Mungkin mereka mempunyai aset dlm bentuk rumah, kereta dan saham tetapi mereka juga mempunyai hutang bertempek dgn harta tersebut. Kita panggil dgn istilah "harga yang bercagar".
Berikut adalah rumusan terhadap nisbah-nisbah yang dihasilkan.
Julat | Kategori | Bilangan |
<1 | ICU | |
1 - 5 | HDU | |
6 - 10 | NORMAL | |
11 - 20 | SIHAT | |
21 - 50 | SIHAT WALAFIAT | |
51 - 96 | BMW | |
96 | KS (8 X NAFKAH 1 TAHUN, 2:240 & 4:12) | |
132 | KT (11 TAHUN X PENDAPATAN TAHUNAN) | |
168 | OKB (14 TAHUN (Surah Yusuf ayat 47-48) |
- Sebagai garis panduan, jika nisbah hasil kemewahan kita kurang daripada 1, ini bermakna tabungan kita tak mencukupi utk tampung kos sara hidup walaupun utk sebulan!
- Bagi mereka yang dpt julat antara 1 hingga 5 bulan, bermakna tabungan anda cukup utk tampung selama 1 hingga 5 bulan.
- Bagi julat 21 hingga 50 adalah berada pada tahap sihat walafiat. Umpama sihat sehingga boleh buat kebaikan dan insya Allah dpt menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
- BMW pula singkatan utk Bijak Mengurus Wang dan anda memang berada dlm golongan ini seandainya tabungan sudah cukup hingga 51 hingga 96 bulan atau empat ke lapan tahun tanpa sebarang pendapatan atau kemasukan wang.
- KT dan KS adalah posisit Kehidupan Tenang dan Kehidupan Sejahtera.
- Akhir sekali adalah OKB atau Orang Kaya Beriman/Bertakwa. Ia berlandaskan daripada firman Allah SWT
"Yusuf menjawab,'Hendaklah kamu berucuk tanam selama dlm tempoh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit utk kamu makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yg akan menghabiskan bekalan makanan kamu kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan." (Surah Yusuf ayat 47 hingga 48).Ini adalah susulan daripada huraian mimpi raja Mesir ketika itu tentang tujuh ekor sapi betina yang kurus. Justeru formula ini iaitu. (7+7) x 12 utk dapat hasil 168 bulan tabungan. Perkiraan 'tahap kemewahan' ini dpt bantu membuka minda kita utk berubah jika benar-benar mahu sesuatu keadaan kewangan yg lebih baik. Perkiraan ini dpt beri gambaran jelas tentang indeks kesihatan kewangan kita. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri, mahu atau tidak berubah? Kesilapan dlm pengurusan kewangan tidak kira status sosial ataupun tahap pendidikan seseorang tetapi lebih kepada sikap! Jom menabung dengan penuh displin melalui akaun GAP Public Gold!~