public-gold-logo-maroon
Day 1: Pengalaman manis berkunjung ke Tour Santiago Bernabéu
Home » Travel  »  Day 1: Pengalaman manis berkunjung ke Tour Santiago Bernabéu
Day 1: Pengalaman manis berkunjung ke Tour Santiago Bernabéu
Alhamdulillah, saya dan isteri telah selamat tiba di Kuching malam semalam. Dua hari ni masih jetlag lagi (perjalanan flight selama 14 jam dari Barcelona ke KL). Posting kali ni saya nak share pengalaman kami di Estadio Santiaga Bernabeu iaitu stadium kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak iaitu Real Madrid atau juga dikenali dgn gelaran Galaticos. Kelab ini dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf dunia daripada posisi penjaga gol hingga ke bahagian serangan. Sebut saja nama Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Luka Modric, Gareth Bale, Toni Kroos, Pepe, Sergio Ramos, Marcelo dan etc.. Semua orang yang minat bola confirm tahu.. Jurulatih mereka pula merupakan bekas pemain terbaik dunia yang berasal dari Perancis iaitu Zinedine Zidane yang membarisi Galaticos yang awal seperti Luis Figo, Raul Gonzales, Ronaldo, David Beckham, Roberto Carlos dan Claude Makelele. Memorable Moment Jarak perjalanan dari hotel penginapan kami ke Santiago Bernebeu lebih kurang 20 minit sahaja. Kami bertolak awal pagi sebab kebetulan hari perlawanan melibatkan seteru 'derby' iaitu Real Madrid vs Atletico Madrid yg dijadualkan mula jam 4:45 petang. Ketika masih dalam bas, dari jauh nampak bangunan stadium yang besar & emblem Real Madrid, saya jadi tergamam.. Biasanya tengok stadium ni kat dalam TV je. (Hahah - perasaan ni ada dekat peminat bola je kot..)
I'm here! keh keh keh...
Staff di kaunter tiket memaklumkan Tour Bernabeu akan tamat lebih awal pada jam 1:00 petang disebabkan stadium akan mula bersedia menerima kedatangan penyokong pada sebelah petangnya. Stadium ini boleh memuatkan kira-kira 80,000 orang dalam satu masa. Dan tiket sold out pada setiap perlawanan.
Kalau anda plan nak pergi Tour, make sure anda ke Tower B. Situ nanti ada kaunter tiket untuk join Tour..
Harga tiket Tour Bernabeu ni €15 (dalam RM75). Kalau tak banyak ambil gambar, Tour ni ambik masa dlm 1 jam 30 minit. Saya paling last settle.. ambik masa lebih dari 2 jam.
ENTRANCE Untuk persinggahan pertama, semua orang mesti menaiki tangga hingga sampai di bahagian atas. Kat situ kami dapat melihat keseluruhan stadium dari view paling menarik dengan rumput yang menghijau di bawahnya. Kami boleh nampak persiapan stadium dan juga media untuk perlawanan sebelah petang nanti.
Masuk je terus steward stadium point finger naik atas sekali.. nasib baik ada eskalator.. Fuh, amazing view ...
The rest enjoy photo dibawah...
Baru lepas ambik gambar dengan Cristiano Ronaldo. Que panjang kat belakang. Ramai orang
Kasut but milik Gareth Bale disimpan dipamerkan di Real Madrid Megastore
Pertembungan pertama derby match ni kalau tak silap tahun 1928. Lebih 200 kali bertembung, 109 kali dimenangi oleh Real Madrid.
Ni tempat sidang akhbar (Press Conference) yang memuatkan lebih dari 100 orang wartawan dari seluruh dunia. Hari match tak bleh posing kat meja..
Penceritaan sejarah kelab dari awal sehingga ke masa kini. Cara mereka setup memang mengkagumkan..
Dah jejak kaki ke di padang Santiago Bernabeu.. Sila jealous..
Antara kasut lagenda bolasepak yang pernah bermain untuk Real Madrid eg David Beckham, Roberto Carlos .. Zoom ini picture..
The person who made my dream comes true, pengasas Public Gold iaitu Dato' Wira Louis Ng. Nak tau tak, selamber je Dato' hadiahkan mafla ni kepada 25 orang as a gift katanya.. Memang jadi tradisi kat eropah (kt Malaysia pn dah mula sejak 2-3 tahun lepas) mafla merupakan tanda sokongan kepada kelab semasa perlawanan di langsungkan.
Logo kelab Real Madrid dari permulaan penubuhan iaitu 1902 hingga kini..
Antara kedai merchandise yang ada di luar stadium sebelum perlawanan dimulakan.
FIFA World Best Player - Antara trofi kemenangan yang dimenangi oleh pemain-pemain Real Madrid and of course yang paling banyak dimenangi oleh Cristiano Ronaldo (CR7).
Impian saya dikongsikan bersama dealer-dealer Public Gold yang lain. Sangat beruntung tau, ada yang 1st time tengok bola kat stadium terus tengok CR7 and Co main. Tak alang-alang standard!
Saya cerita sikit dgn Dato' bagaimana kelab sebesar dan sekaya Real Madrid sangat menghargai sejarah dan boleh menjadi income kepada kelab mereka. Mungkin PG Museum di Pulau Pinang akan membuat perkara yang sama tak lama lagi.
Sign up as pemain Real Madrid.. hehe.. Kalau register as Madrinista via online kena bayar €30/year. Kat sini saya dapat diskaun - €15 jea.. Mana tau Real Madrid call, dapat tiket free tengok bola kat sini lagi..
Entrance Gate penyokong-penyokong menggunakan QR code dan bar code. Tak guna printed ticket.. beli secara online, tiket dihantar melalui email dan discan di sini.
Ok yang ni jersi mampu tengok. Price €120 (player issue) ... Cuba darab 5..
Bergambar kenangan bersama Dato' Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim ... Share us your dream kata Dato' Wira kepada saya ketika di Istanbul Turkey pada tahun 2016. Dan akhirnya ditunaikan .. Dream come true!
Kat sini dengar chanting penyokong Ultra Sur (gelaran utk Ultras Real Madrid) sejak tahun 1980 hingga kini. Nice concept!
Lepas kahwin, Tour ni la paling lama saya senyum. Hampir 2 jam senyum je..
Stadium yang mempunyai 5 tingkat dan berkapisiti 80,000 orang penonton.
Audi merupakan salah satu sponsor utama pasukan Real Madrid. Tengok seat di bangku simpanan. Selesa weh...
Bergambar di tempat duduk Ultra Sur yang ditubuhkan pada tahun 1980. Mereka chanting dari mula sampai habis perlawanan.
Sharing my exciting moment with my wife who is also Public Gold Master Dealer..
Mesti ambik seberapa banyak gambar yang boleh. Entah bila nak sampai ke stadium ni lagi.. Sekarang umur dah 32 tahun.. huhu
Apabila Dato' Wira Louis tengok saya dan beberapa Dealer lain yang minat bola beli mafla ni. Dato' pun terus bagitau belikan seorang satu mafla.. Apa lagi - makin tersenyum la semua orang.. Satu dalam €20
Ni barisan simpanan kelab Real Madrid..
Grandstand di seberang sana
One of greatest footballer ever - Cristiano Ronaldo yang berasal dari Portugal
Skuad utama pasukan Galaticos
Mafla ni dibuat sempena derby match hari tu antara Real Madrid vs Atletico Madrid.
Iker Casillas, bekas penjaga gol utama Real Madrid yang kini bermain di kelab di Turki.
Nantikan posting saya seterusnya iaitu pengalaman menyaksikan perlawanan antara Real Madrid menentang Atletico Madrid!  
  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta | PG000839
  • Sales Incentive Program Qualifier 2016/2017 to Spain
  • Authorized Master Dealer Public Gold
  • HP: 019-8884452
  • FB: Hafizul Hakim