Mengapa peniaga sinonim dengan emas?

Mengapa peniaga sinonim dengan emas?

May 27, 2017 0 By Hafizul Hakim

Kita mungkin pernah nampak kebanyakan peniaga (terutama wanita) tak kisah menjual apa pun sama ada cucur, sayur, karpet, tudung dan produk kecantikan mesti memiliki emas sebagai perhiasan mereka. Lantas ramai antara kita berfikir, owh golongan peniaga ni beli emas sebab suka barang mahal. Full stop.
Sebenarnya, fungsi emas bagi peniaga bukan hanya sebagai perhiasan – tapi ada satu RAHSIA yang orang biasa tak nampak. Emas boleh berfungsi sebagai modal niaga mereka jika ingin mengembangkan modal perniagaan atau membuat penambahan stok barangan jualan mereka.
Apa mereka buat?

  • Mereka hanya perlu bawa emas fizikal ke institusi kewangan yang menawarkan pinjaman Ar-Rahnu (cagaran emas). Tak sampai 15 minit – pinjaman diluluskan dan cash diberi on the spot! 
  • Sebagai peniaga, liquidity untuk mendapatkan immediate cash amat penting.
  • Sebagai perkongsian, salah seorang customer saya yang merupakan seorang kontraktor. Apabila di berikan ‘award contract’, maka dia perlu menggunakan wangnya sendiri utk menyiapkan kerja yang diberikan.
  • Kalau tiada cash in hand, kebanyakan kontraktor terpaksa loan dari bank. Of course ambik masa yang lama utk tunggu approval.
  • Memandangkan beliau memiliki emas fizikal, dia hanya perlu bawa emas ke Ar-Rahnu utk dapat cash instantly!
  • Kebanyakan institusi Ar-Rahnu mengehadkan setiap orang boleh meminjam maksima sehingga RM100,000.

Apa mereka buat selepas dapat bayaran/keuntungan?

  • Pertama sekali mereka akan tebus semula emas dari Ar-Rahnu.
  • Jumlah yang mereka perlu bayar adalah: Jumlah pinjaman (fix) + upah simpan 
  • Emas dapat semula di tangan, lebihan itulah yang menjadi untung bersih!
  • Seperti kes rakan kontraktor saya ni, setiap kali ada keuntungan – 10% daripadanya akan ditukar jadi emas fizikal lagi.

Emas Public Gold diterima di institusi Ar-Rahnu seperti dibawah:

Bank Muamalat

POS Ar-Rahnu

Partners of Public Gold

Please follow and like us: