public-gold-logo-maroon
Public Gold buka cawangan terbaru di Miri, Sarawak
Home » Emas  »  Public Gold buka cawangan terbaru di Miri, Sarawak
Public Gold buka cawangan terbaru di Miri, Sarawak
Semalam saya bersama dengan pengasas Public Gold iaitu Dato' Wira Louis Ng ke Brunei Darussalam dalam lawatan meninjau lokasi cawangan Brunei Darussalam. Di sebelah petangnya, Public Gold telah menjemput seramai 20 orang Dealer Public Gold yang aktif di Brunei untuk majlis berbuka puasa antaranya Master Dealer yang pertama iaitu Pn Maslena Junaidi, Rozi Daud, Pg Hami Hj Othman, Faridah Daud, Fadli Takong, HM Faisal dan Zulhelmy.
Dato' Wira Louis Ng memberikan ucapan aluan kepada Dealer yang hadir. Ini merupakan kali pertama beliau sampai ke Brunei Darussalam.
Hampir kesemua dealer Brunei yang hadir adalah di bawah rangkaian saya yang dimulakan sejak tahun 2012 lagi.
Gambar kenangan dan bersejarah buat Dealer Brunei dengan kehadiran founder Public Gold ke Bandar Seri Begawan. Dari depan: Pn Maslena Junaidi, Hafizul Hakim, Dato' Wira Louis Ng dan Pg Hami Othman
Sesi dialog berkenaan dengan cadangan penambah baikan serta perancangan untuk membuka cawangan Public Gold. Public Gold decided utk membuka cawangan terbaru di Miri dan saya sendiri akan terlibat dalam mempercepatkan proses pembukaan cawangan Miri. Miri menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik di antara 3 buah bandar iaitu Bintulu, Miri dan Brunei Darussalam. Insya Allah progress akan saya update dari masa ke semasa. Bagi mereka yang berada di sekitar Miri & Brunei Darrusalam, saya akan mengadakan Seminar Emas Public Gold pada 11hb June 2017 (Ahad) di Miri. Sila rujuk jadual dibawah.