Tahukah anda, apakah punca biasa pertengkaran dan perceraian suami isteri?
Jawapannya tentulah soal 'Wang! Wang! Wang!". Hal ini rentetan daripada rumahtangga yang tidak tenteram. Terdapat juga ibubapa yang tidak mempunyai ilmu kewangan yang tinggi untuk mendidik anak-anak.
Ibu bapa yang kurang yakin pada Financial Intelligent (FQ) diri sendiri boleh meminta individu pakar untuk mendidik anak-anak mereka.
Walaubagaimanapun, ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak kerana ibubapa ialah cermin kepada anak-anak.
Sebagai ibu bapa, banyak unnecessary spending menjadi punca kewangan tidak sihat antaranya:
- Subscribe rancangan berbayar (keliru antara kehendak dan keperluan - tak tengok kemampuan sendiri)
- Talian broadband yang tidak reflek kepada penggunaan sebenar.
- Membeli kereta yang luar kemampuan sebenar.
- Membuat personal loan untuk kahwin (hutang tempoh jangka masa lama)
- Tidak mahu atau malu untuk memulakan pendapatan sampingan.
- Tidak mahu membaca/hadir ke seminar berbentuk kewangan.
- Malu mengakui diri sendiri ada masalah kewangan.