7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
- Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu.
- So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
- Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.
- Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
- Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
- Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.