10 Tanda Kewangan anda stabil
1. Dana kecemasan 3 ke 6 bulan gajia. Jika gaji anda RM2,000 anda ada simpanan kecemasan RM6,000 ke RM12,000 b. Dana ini diperlukan jika keadaan luar jangka berlaku eg diberhentikan kerja secara tiba-tiba. c. Sekurang-kurangnya anda ada masa 3 ke 6 bulan untuk hidup seperti biasa sebelum mendapat pekerjaan yang baru.
2. Simpan minimum 10% gaji setiap bulana. Jika anda bergaji RM2,000 maka untuk menyimpan RM200 setiap bulan adalah wajib. b. Bagi mereka yang masih single, simpan at least 30% daripada gaji. Takde komitmen kan? Saving mesti lebih besar.
3. Sudah ambil caruman takafula. Ambil perlindungan hibah yang menepati kehendak anda terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.
4. Rajin sedekah dan zakata. Semua orang nak kaya dan semua orang nak masuk syurga. Maka bersedekah lah. b. Jangan sesekali sebut "tunggu kaya baru aku sedekah".. Sampai ke sudah anda takkan kaya. c. Allocate RM10 setiap hari Jumaat untuk sedekah kepada surau, masjid atau tempat tahfiz Al Quran.
5. Hutang bulanan kurang 50% gajia. Jika gaji anda RM2,000 maka komitmen bulanan hutang anda sepatutnya tak lebih dari RM1,000
6. Tiada hutang kad kredita. Ini adalah punca orang muda bankrap b. Mudah di 'swipe' tapi susah nak bayar balik. c. Hati-hati dengan bom jangka masa ni.
7. Tak berhutang dengan kawana. Ini adalah musibah bagi mereka yang ada kawan macam ni. b. Kalau hidup bergaya dan masih nak berhutang, saya takkan bagi. c. Orang macam ni suka ambil kesempatan atas usaha orang lain.
8. Menyimpan emas minimum 1 gram sebulana. Menyimpan wang memang bagus, tapi perlu di ingat ia terdedah dengan inflasi. b. Aset adalah kalis inflasi, dan emas adalah kategori aset yang paling murah! c. Kalau anda mampu, tak nak beli emas - boleh beli satu bijik rumah setiap bulan.. Haa tak mampu kan?
9. Malam dapat tidur lenaa. Jam 9 malam dah mengantuk dan tidur lena. b. Bangun pagi jam 4:00 siap sedia dengan tahajjud pastu terus dengan solat subuh. c. Kalau takde impian hidup macam ni, better mulakan.
10. Mentaliti save first, spend latera. Macam mana nak tahu kita konsisten? b. Dapat gaji, terus simpan 10% untuk simpanan. c. Dapat gaji, terus alih ke tepi simpanan 1 gram emas. d. Lepas tu baru settlekan komitmen hutang. Lebihan tu lah kita adjust untuk kegunaan belanja bulanan kita. Sampai bila nak biar gaji bulanan hilang tanpa jejak kan? Cepat-cepatlah insaf. Rendahkan taraf hidup. Mulakan simpanan dari sebahagian besar gaji. Tambahkan ilmu kewangan dengan bacaan buku yang bermanfaat 👍