public-gold-logo-maroon
Berapa bank denda jika anda lewat buat bayaran ansuran kereta?
Home » Saving  »  Berapa bank denda jika anda lewat buat bayaran ansuran kereta?
Berapa bank denda jika anda lewat buat bayaran ansuran kereta?
Tahukah tak, jika anda lewat buat bayaran ansuran bulanan loan kereta, caj tidak melebihi 8% setahun akan dikenakan kepada anda dan dikira secara harian? On daily basis ok! That's a rip off! But that's how the bank works. Justeru, buatlah bayaran sebelum tarikh akhir (due date) pembayaran bagi mengelakkan caj bayaran lewat dan paling teruk sekali boleh menyebabkan kereta anda ditarik oleh pihak bank (pemiutang). Dan tahukah anda pihak pemiutang (bank atau sesiapa saja yang layak memberi pinjaman sewa beli kenderaan) boleh dan dibenarkan menarik kereta apabila anda gagal membuat bayaran ansuran 2 bulan berturut-turut serta sudah mendapat perintah mahkamah untuk tujuan itu. Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan membuat bayaran balik melebihi 75% daripada jumlah pinjaman. Jadi, sekiranya ada kereta itu suatu keperluan bagi anda, dapatkan pinjaman yang ada mampu bayar. Faktorkan sekali semua kos lain, umpamanya petrol, tol, parking, maintenance, roadtax & insurance. Itu belum lagi dengan skor kredit lagi tercalar di dalam CCRIS. Haihhh! Susah nak buat pinjaman lain yang boleh mendatangkan hasil. Jangan dikira hanya bayaran balik pinjaman sahaja tapi ambil kira semua kos di atas. Belum diambil kira susut nilai kenderaan lagi. Juga cuba negotiate dengan pihak bank tentang kadar faedah/ interest. Cuba! Dapat kurang 0.05% dari kadar biasa pun sudah ada banyak beza dari segi jumlah sebenar hutang nanti. Cuba kira. Tapi yang pastinya, bajet untuk kenderaan kenalah ada sebelum membuat keputusan.