public-gold-logo-maroon
Settle Hutang dengan cara Teknik Snowball!
Home » Saving  »  Settle Hutang dengan cara Teknik Snowball!
Settle Hutang dengan cara Teknik Snowball!
Dave Ramsey, seorang pakar pengurusan kewangan peribadi dari Amerika telah memperkenalkan teknik snowball ini. Beliau sarankan untuk kita yang mempunyai beberapa jenis hutang yang ingin dihapuskan dengan cepat dan sistematik. Secara ringkasnya, ini adalah langkah yang perlu diambil.
  1. Senaraikan semua hutang daripada jumlah yang paling kecil hingga yang paling besar. Letakkan nilai hutang paling kecil di atas sekali dan nilai hutang yang paling besar di bawah sekali.
  2. Tentukan berapa banyak RM diperuntukkan untuk membayar hutang dari pendapatan bulanan anda, dan sekali dengan komitmen bayaran setiap hutang dengan nilai paling minimum. (rujuk contoh bawah)
  3. Tentukan berapa banyak duit lebih yang boleh ditambah pada nilai hutang yang paling kecil.
  4. Bayar balik setiap hutang dengan bayaran minimum, tetapi untuk hutang paling kecil, tambahkan duit lebih bersama-sama bayaran minimum.
  5. Apabila hutang yang paling kecil tadi sudah habis dibayar, tambahkan bayaran minimum (bersama-sama dengan jumlah tambahan) kepada bayaran minimum hutang kedua paling kecil dan bayar hutang ini dengan jumlah tersebut.
  6. Ulang balik langkah di atas sehingga semua hutang habis dibayar.
Secara teorinya, apabila kita sampai ke hutang yang terakhir, jumlah bayaran tambahan yang dibayar akan bertambah banyak, serupa dengan sebutir bebola salji bertambah besar saiznya sewaktu bergolek menuruni bukit. Contoh teknik bebola salji hutang:
Perlu diingat, teknik ini tidak mengambil kira kadar bayaran bunga setiap bulan untuk hutang-hutang tersebut.
Katakan kita mempunyai hutang-hutang ini dan duit tambahan untuk membayarnya (hutang-hutang ini disusun dengan yang paling kecil di atas sekali):
  • Kad kredit Visa – baki RM250 – minimum RM25 sebulan
  • Kad kredit Mastercard – baki RM500 – minimum RM26 sebulan
  • Hutang kereta – RM2,500 – minimum RM150 sebulan
  • Pinjaman peribadi – baki RM5,000 – minimum RM200 sebulan
  • Jai ada duit lebih sebanyak RM100 sebulan untuk membayar balik hutang
Untuk dua bulan pertama, inilah bayaran yang perlu dibuat mengikut teknik bebola salji hutang:
  • Kad kredit Visa – RM125 (RM25 minimum sebulan + RM100 duit tambahan yang ada)
  • Kad kredit Mastercard – RM26 minimum sebulan
  • Bayaran kereta – RM150 minimum sebulan
  • Pinjaman peribadi – RM200 minimum sebulan
Baki untuk bulan ketiga (dengan anggapan kita tidak menambah lagi hutang baru) – kita telah berjaya membayar sepenuhnya hutang kad kredit Visa, dan baki hutang yang baru ialah:
  • Kad kredit Mastercard – RM448
  • Hutang kereta – RM2200
  • Pinjaman peribadi – RM4600
Bayaran balik hutang pada bulan ketiga – kita ambil jumlah duit yang telah digunakan untuk membayar hutang kad kredit Visa berjumlah RM125 dan gunakannya untuk membayar hutang kad kredit Mastercard, yang mana pembayaran untuk tempoh tiga bulan seterusnya ialah:
  • Kad kredit Mastercard – RM151 (RM26 minimum sebulan + RM125 tambahan yang ada)
  • Bayaran kereta – RM150 minimum sebulan
  • Pinjaman peribadi – RM200 minimum sebulan
Lagi tiga bulan (enam bulan keseluruhannya) – Kad kredit Mastercard akan habis dibayar (bayaran terakhir ialah RM146) dan baki hutang ialah:
  • Hutang kereta – RM1,750
  • Pinjaman peribadi – RM4,000
Kita ambil jumlah duit yang berjumlah RM151 sebelum ini digunakan untuk membayar hutang kad kredit Visa dan Mastercard dan gunakannya untuk membayar baki hutang kereta:
  • Bayaran kereta – RM301 (RM150 minimum sebulan + RM151 tambahan yang ada)
  • Pinjaman peribadi – RM200 minimum sebulan
Kita akan ambil masa enam bulan untuk mebayar habis hutang kereta (dengan bayaran terakhir ialah RM240), yang mana selepas itu kita akan buat bayaran berjumlah RM501 untuk hutang pinjaman peribadi (yang mana masih mempunyai baki sebanyak RM2800) untuk enam bulan (dengan bayaran terakhir ialah RM234). Dengan ini, selepas 17 bulan kita berjaya menghapuskan 4 jenis hutang, dengan dua daripadanya diselesaikan dalam masa lima bulan dan tiga lagi dalam masa setahun.
Nota: Angka dalam contoh saya berikan di atas dalam amaun yang kecil supaya mudah untuk anda faham. Sekarang tugas anda untuk senaraikan hutang anda dan buat perancangan.