public-gold-logo-maroon
Public Gold patuh syariah
Home » Emas  »  Public Gold patuh syariah
Public Gold patuh syariah
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah SWT, atas izinNya akhirnya Public Gold menerima sijil patuh syariah daripada Amanie Advisors (panel syariah) dan secara rasmi telah diadakan sidang media pada Rabu yang lepas.
Dato' Wira Louis Ng menerima replika sijil patuh syariah dari Datuk Dr Mohd Daud Bakar di HQ Public Gold di Pulau Pinang.
Tiga Produk Emas Public Gold Telah Disah Patuh Syariah oleh Amanie Advisors. Amanie Advisors telah berkunjung ke pejabat Public Gold di Bayan Lepas Pulau Pinang pada 4 Februari 2016. Sebelum itu, di bulan Januari 2016, Amanie Advisors telah dilantik oleh World Gold Council (WGC) di London sebagai perunding Syariah untuk bekerjasama menyediakan piawaian Syariah berhubung transaksi emas. Pada bulan Mac, Amanie dan WGC mendapat persetujuan AAOIFI di Bahrain untuk mengeluarkan Piawaian Syariah Antarabagsa oleh AAOIFI.
Saya bersama CEO Amanie Advisors iaitu Encik Zikri Shairy. Seperti yang diberitahu CEO Amanie Advisor, En Zikry bahawa The Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) hanya membicarakan tentang syariah emas pada standard AAOIFI yang ke-57. Sebelum ini tidak ada lagi standard kewangan melibatkan emas di bicarakan oleh kewangan Islam di peringkat global. Amanie Advisors yang turut telah dilantik oleh World Gold Council (WGC) untuk sebagai panel syariah yang akan dijadikan rujukan oleh kewangan Islam seantero dunia apabila melibatkan emas.
Pada bulan Ogos 2016, Amanie Advisors telah dilantik oleh Public Gold Marketing untuk menilai 3 produk Public Gold untuk tujuan pengesahan pematuhan Syariah. Pada 19 November 2016, AAOIFI telah meluluskan piawaian Syariah tentang emas dan telah melancarkan piawaian ini di peringkat antarabangsa di Dubai pada 5 Disember 2016. Pada 16 Disember 2016, pihak Amanie setelah membuat beberapa pemerhatian dan penambahbaikan, telah mengeluarkan pengesahan kepatuhan Syariah kepada 3 produk ini. Pada hari semalam iaitu 8 Februari 2017, sidang media tentang pengesahan kepatuhan Syariah ini telah dibuat di pejabat Public Gold di Bayan Lepas Pulau Pinang. Perjalanan Amanie selama setahun sudah berhasil.
Pemberian sijil patuh syariah mempunyai prosedur yang sangat ketat dan constructive sebagaimana proses audit seperti yang dibentangkan oleh CEO Amanie Advisors iaitu Tuan Zikri Shairy. Setiap kaedah pembelian dan penjualan semula emas telah dicuba sendiri oleh panel syariah Amanie Advisors untuk faham konsep dan sudut praktikal yang digunapakai oleh Public Gold.
Produk Public Gold adalah produk transaksi emas secara fizikal yang pertama diluluskan sebagai patuh Syariah di Malaysia. Amanie juga telah meluluskan empat lagi produk emas di peringkat antarabangsa dalam masa 2 bulan yang lepas. Sekarang keraguan dan ketidakfahaman tentang prinsip Shariah dalam transaksi emas sudah hilang. Tahniah Public Gold Marketing.. Tahniah Dato' Wira Louis Ng. Satu lagi pencapaian terbesar dalam sejarah Public Gold.