Kalau cari isteri pun mesti ada ilmu..
Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama. Tapi zaman dah berubah bro.
Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah. Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.
Antaranya :
Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah sayang, membazir je”, “Tak payahlah lah cinta, simpan la duit tu”.
Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal. Lagi beruntung kalau dia pandai masak sendiri kat rumah. Bonus tambahan tu bro!
Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut. Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.
“Makan biasa-biasa pun ok bang.. I redha je. Ice lemon tea please!”
Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba. Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda!. Nak nampak ‘class’ kononnya.
Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone. Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.
“Thank you sayang sebab bagi I hadiah ni.. I really appreciate it”
Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi. Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi. Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!
Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi…Ciptalah sweet moment tu selepas kahwin.
Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban. Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!
Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia. Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.
Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya. Tetapi semua benda nak pakai duit. Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.
All the best and good luck bro!
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy/Sell rates. Data scraped on…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia PG Buy/Sell prices for 10g–1000g gold bars. Source last update: Unknown.…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices: temporarily unavailable due to a technical issue. We…
Latest Public Gold Malaysia buy and sell prices for 10g, 20g, 50g, 100g, 250g and…
This website uses cookies.