Saya pasti majoriti daripada kita ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah…
Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita!Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? 🙂 Lagi besar pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda… Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja/paksa, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni… Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja… Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara! Itu lah maksud Parkinson’s Law. Boleh faham bukan? Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! 🙂 Bak kata orang, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan! Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan gaji/side income. Sememangnya sering kita ditekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000). Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)! 🙂 Semoga bermanfaat!