Baru-baru ini Toys R Us telah difailkan muflis. (Baca sini)
- Dengan hutang bertimbun sebanyak US$5 billion, Toys R Us secara rasmi difailkan sebagai muflis.
- Apabila memfailkan muflis, Toys R Us dilindungi dari pelbagai pihak sementara ia menyusun semula bayaran balik. Dilaporkan oleh Bloomberg, Toys R Us memohon pinjaman sebanyak USD400 juta bagi memulihkan struktur perniagaan mereka.
- Menurut Toys R Us, ia akan terus membuka 1,600 outlet di seluruh dunia yang mempunyai 65,000 kakitangan.
- Salah satu punca kepada kemerosotan bisnes Toys R Us ialah persaingan dengan syarikat Amazon (syarikat yang menjual barangan secara online) yang kini cukup agresif, di samping kemunculan pesaing baru.
- Sebanyak 13.7% pembelian permainan kanak-kanak dibuat secara online pada tahun lalu, meningkat dua kali ganda berbanding lima tahun lepas.
- Ini adalah satu lagi contoh bagaimana kegagalan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran memberikan kesan negatif kepada bisnes.
- Bisnes kita juga boleh menerima nasib yang sama sekiranya kita tidak peka kepada perubahan bisnes persekitaran.
-
Toys R Us ialah sebagai organisasi besar. Nak ubah bukan senang. Bukan mudah untuk mengajar gajah menari!