public-gold-logo-maroon
Ini Luahan Berani Mati Bekas Ejen DBI Properties.
Home » SCAM EMAS  »  Ini Luahan Berani Mati Bekas Ejen DBI Properties.
Ini Luahan Berani Mati Bekas Ejen DBI Properties.
CONFESSION DARI BEKAS AGENT DBI PROPERTIES Oleh: Pseudoscience Watch Tahun 2015-2016, saya register utk jadi ejen dbi properties, bayar rm300 dan hadir kursus dia sehari kat hq di ampang..mmg ramai yg datang kursus dia..dapat sijil bagai.. Time tu, sejarah dbi properties tercipta dengan boy iman sebagai ceo, dan share holder die puan anggun. puan anggun ni owner juta kelulut..time kursus ni, boy iman i cite la kisah dari al-fafa sampai la buka dbi properties..termakan jgk la... Dek kerana rumah harga mmg murah, jadi sy pun berminat jugk nak beli sebijik..konon sambil jadi ejen, boleh jgk beli rumah.. bila jadi ejen, kitaorg di dimasukkan dalam grup wasap, admin dia boy iman, anggun, bruno mars (jawatan dia time tu jurucakap celebriti kat dbi properties).. Dan baru beberapa bulan dalam grup ejen, dah mula start nampak masalah..ada ejen yang dapat customer, bayar habis, tapi progress takde..saya yang bayar downpayment RM10k utk rumah pun belum ada apa2 progress..ada ejen yang kene serang dengan customer..jadi ejen2 mula bising2 dalam grup wassap..tp bila check wasap infromation, boleh tau yang boy iman ni dah buka baca..tp takde berbalas melainkan bila ada karaoke ke, futsal ke, dia cukup suka.. Dan baru beberapa bulan tubuh dbi properties, tetiba dalam fb personal dia beli kereta bmw..pelikkan..bila tanya, dia cakap dia ada byk syarikat mcm dbi butique la.. Boy iman ni mmg pandai pusing, bila ejen minta penjelasan berkaitan isu rumah customer, dia buat tulis dalam grup wassap akan buat pengumuman dalam masa terdekat. padahal paceroh takde berjawab..bila ejen mula naik angin, maka admin2 akan mula memainkan peranan dengan me'remove' ejen2 ni.. So terkeluar dari grup wasap para ejen.. time dbi properties mula2 buka, boy iman ni amik cicit Sultan Perak jadi penasihat diraja, kunun nak tunjuk la yg dbi properties bkn scam.. Dekat setahun jadi ejen, tapi sy belum cari customer, nak tunggu dan lihat dulu...dan mmg takde rumah yang dah siap..tapi bila ade org yang nak beli rumah ni, dan call/wassap boy iman, boy iman akan bercerita yang rumah contoh dah ada kat setiap negeri..yg ni terkantoi bila ada customer under boy iman call saya sebab nak tengok rumah contoh. sb time saya bayar booking rumah rm10k tu, saya yang pertama kat negeri saya, jadi bila siap nanti, rumah sy akan jadi rumah contoh..padahal habuk pun belum ada.. Dan bila sabar saya dah kemuncak, nak mintak balik duit booking..yg ni dia start pusing...takde duit la, duit habis buat promotion la..boy iman mengaku kat saya yang duit customer rolling utk bayar event..evet utk promosi rumah dia byk kali buat.. pastu bila push, dia mula pusing lgi..dia cakap puan anggun bawak lari duit..puan anggun pegang duit la..kadang2 dia bagi alasa belum masuk office la, puan anggun tak sain cek lagi... pastu bila sy ckp nak buat report polis, dia mula ugut klu report polis, duit mmg tak dapat balik..yg ni ramai customer kena ugut supaya tak report polis.. Time ni, grup wasap utk customer dan ejen dibuat, jadi customer byk yang mengadu dalam tu...sampai satu tahap, ejen yang baik2 ajak customer hire samseng pergi serang hq kat ampang...menjadi jugak sbb ada customer dapat balik duit..samseng mtk seribu seorang utk pg serang..upah samseng dari setapak.. tp saya belum lg upah..try slow2 dulu...last2 tak boleh tunggu, saya buat report polis jgk la.. bila dah report polis, tk lama lepas tu kelam kabut die refund duit..tp dpt dlm rm8500, sbb term dia, klu refund, syarkat akan tolak 15% UTK KOS DOKUMEN...padahal pemede dokumen pun takde... Bijakkan, klu dah 10 customer kene tolak 15 percent, tak ke kaya si boy belon ni.tu baru 10 org, customer beratus kot... waktu jadi ejen, dia dgn parnet die anggun selalu jgk bergaduh.pasal duit kot..dengan arkitek die pun gitu..last2 arkitek die pun cabut jgk..kontraktor pun ramai yang tak berani amik projek dia sbb takut rugi, tkut duit tak masuk.. Lagi satu, extra cas bile customer nak beli rumah..contohnya lubang kumbahan, longkang, beam tanah, piling lagi, tu customer kena buat sendiri..pastu, batu bata ibs ni, dia hantar guna treller..contoh klu treller tak dapat masuk ke tapak rumah sbb jalan sempit, jadi customer kene hire lori sendiri untuk angkut barang2 ni dari jalan besar ke tapak projek.. cas terembunyi la ni. Last2 bile si boy tak dapat control dah, dia bukak la DBI Technology..pastu dia tutup grup wasap dan ckp maa2 ejen yg nak bersama dia, sila pm..die akan invite dalam grup wasap baru... saya dah stop..bersyukur sbb tk cari customer, klu tak menjawab la kena serang dgn customer... ----------------------------------------------- Ulasan PW: 1. Setelah DBI Properties gagal, Dato' Belon Iman meletakkan kesalahan ke atas Jutawan Kelulut dan Dato' Anggun, padahal Belon adalah CEO DBI Properties. 2. Belon boleh berlepas tangan dengat syarat dia tidak sedikitpun menerima apa-apa ganjaran semasa jadi CEO DBI Properties, tetapi hakikatnya Belon mula hidup bermewah-mewahan semasa di DBI Properties. 3. Dari confession, agent-agent DBI Properties dikawal sepenuhnya oleh Belon, maka Belon bertanggung jawab ke atas setiap buyer yang ditipu oleh agent. 4. Belon belajar dari scam Alfafa bahawa cukup mudah kumpul dana dengan menipu jual rumah below cost. Maka Belon cari partner untuk lakukan scam yang sama atas nama DBI Properties. Bila DBI Properties tersontot, Belon tubuh DBI Technology. 5. Cukup nyata dan terang setiap sentuhan Belon berakhir dengan kegagalan, tetapi masih ramai lagi yang sanggup diperbodohkan. -abe pa- Fraud Prevention Institute Dalam pada itu, tinjauan di Facebook Boy Iman mendapati pelakon berkenaan menafikan kesemua tuduhan dan dakwaan penipuan yang terpalit ke atasnya.. Terkini: PPIM menyerbu DBI properties berkenaan kes tipu sebelum ini. Artikel dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM): Klik sini