“Aku beli 10 gram emas ini sebagai pelabur ke penyimpan emas?”

Ada DUA (2) posisi pembeli emas yang kita perlu tahu iaitu:
1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas

#1 Posisi Penyimpan Emas

Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal.

Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan.

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Emas yang disimpan dibawa ke Arrahnu digadaikan untuk dapat pinjaman tunai segera. Arrahnu bagi tunai sebanyak 70% dari nilai semasa.

Antara ciri penyimpan emas adalah:

  1. Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.
  2. Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
  3. Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun.
  4. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli.

Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot! Jadi idea untuk menyimpan emas untuk elak nilai makin susut!

4) Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas.

Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.

Jongkong emas jenama Public Gold

#2 Posisi Pelabur Emas

Ramai juga  tersilap faham dirinya sebagai pelabur emas. Perlu diingat seorang pelabur beli emas dalam gram yang besar.

Minima belian emas untuk bergelar sebagai PELABUR EMAS adalah 100 gram ke atas.

Kurang dari ini, kita masih lagi nak belajar menyimpan dengan konsisten.

Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana.

Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:

  1. Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
  2. Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  3. Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.

Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar.

Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas.

Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini.

Hafizul Hakim
Master Dealer Public Gold
HP: 019-8884452
Telegram channel: https://t.me/MrHafizulHakim