public-gold-logo-maroon
Nak tahu anda kategori pelabur emas atau penyimpan emas? Baca sini.
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Nak tahu anda kategori pelabur emas atau penyimpan emas? Baca sini.
Nak tahu anda kategori pelabur emas atau penyimpan emas? Baca sini.
“Aku beli 10 gram emas ini sebagai pelabur ke penyimpan emas?”
Ada DUA (2) posisi pembeli emas yang kita perlu tahu iaitu: 1. Penyimpan emas 2. Pelabur emas
#1 Posisi Penyimpan Emas
Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. Ciri-ciri penyimpan:
  • Bajet antara RM100 hingga RM300 sebulan.
  • Produk yang sesuai ialah akaun emas atau 10 gram EPP10 (Bayar 10 kali).
  • Bacaan lanjut untuk faham apa beza akaun emas dengan belian shariah EPP. Klik sini
Kekadang ada offer istimewa untuk belian 1 Dinar EPP10.
Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan. Jika berlaku kecemasan, emas sebagai ‘backup’ duit. Emas yang disimpan dibawa ke Arrahnu digadaikan untuk dapat pinjaman tunai segera. Arrahnu bagi tunai sebanyak 70% dari nilai semasa. Antara ciri penyimpan emas adalah:
  1. Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.
  2. Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
  3. Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun.
  4. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli.
Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas makin merosot! Jadi idea untuk menyimpan emas untuk elak nilai makin susut! 4) Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana. Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas. Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.
Jongkong emas jenama Public Gold
 
#2 Posisi Pelabur Emas
Ramai juga  tersilap faham dirinya sebagai pelabur emas. Perlu diingat seorang pelabur beli emas dalam gram yang besar. Ciri-ciri pelabur emas ialah: Ada bajet minima belian 100 gram ke atas. Sebab susut nilai kecil. Kurang dari ini, kita masih lagi nak belajar menyimpan dengan konsisten. Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana. Antara skill tambahan sebagai seorang pelabur emas adalah:
  1. Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.
  2. Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  3. Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar. Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas. Masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini.   Hafizul Hakim Master Dealer Public Gold HP: 019-8884452 Telegram channel: https://t.me/MrHafizulHakim