Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun sekiranya ada, tidak menulisnya.
Lihat diri sendiri sebentar: Ada tulis matlamat atau tidak?
Menulis matlamat anda seperti membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar, ataupun separa sedar untuk mencapainya.
Matlamat yang tidak ditulis seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh. Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi ke dalam bentuk yang anda boleh lihat dan menggenggamnya!
Sama dengan tujuan matlamat anda ... Anda ingin mencapainya!
Dalam konteks simpanan emas, saya nak share apa yang saya buat.
Jadual - anda boleh print dan tampal di workspace atau tempat kita lihat selalu (misalnya di dinding bilik).
Semoga bermanfaat. Wallah wallam..
