Ramai orang tanya saya, kenapa perlu simpan emas? Saya tanya balik, kenapa simpan duit? Apa beza simpan duit dengan simpan emas?
Blog ini saya wujudkan adalah untuk ajak semua pembaca merungkai persoalan utama, KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS?
Sebelum kita pelajari atau fahami tentang tips dan kaedah serta potensi simpanan dan pelaburan emas, kita perlu terlebih dahulu fahami KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS?Selepas faham soalan pokok ini, barulah kita boleh pelajari selok belok dan teknik untuk menjana keuntungan dan manfaat simpanan dan pelaburan emas secara maksima.
KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS ?
1. KEBOCORAN WANGSoalan cepu emas untuk kita semua.
Duit senang habis ke senang simpan?Saya rasa semua orang sama, baik yang berpendapatan besar, mahupun kecil. Kalau duit tunai, memang cepat habis dibelanjakan. Mengalir macam air paip.. Kebanyakan orang setiap kali dapat gaji atau terima duit, biasanya akan berbelanja dulu kemudian baki tu baru simpan. Akhirnya yang mampu simpan cumalah baki yang mungkin duit syiling sahaja! Itupun kalau ade. Saya ada berkongsi tentang kebocoran wang dalam posting sebelum ini ; Parkinson's Law dalam kewangan. Untuk bacaan lanjut, sila klik link dan semoga bermanfaat. Sebaliknya, duit yang ditukar kepada aset seperti emas akan terselamat dari dibelanjakan dan dihabiskan. Bila dah berjaya tukar kepada aset fizikal emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk yang lebih sukar dibelanjakan.
2. Emas Kalis Inflasi & Mengekalkan Kuasa Beli Dalam Jangka Masa PanjangDalam banyak buku-buku kewangan tulisan mentor-mentor, emas sering disebut sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Dan dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang. Kuasa beli dan inflasi, memegang nilai dalam jangka masa panjang? Saya cuba terangkan dalam analogi yang mudah. Cuba perhatikan gambar di bawah : Enam tahun yang lepas (tahun 2011), saya telah membeli dua ekor kambing untuk tujuan aqiqah anak lelaki saya yang kedua. Namanya Altamis Hani Harris.. Pada masa itu harga seekor kambing sekitar RM600 ke RM650. Pada tahun 2017, harga kambing dalam nilai RM semakin tinggi - sekitar RM800 ke RM900 tapi masih dapat dibeli dengan 1 Dinar Emas.
Agak-agak tahun 2020, dapat tak seekor kambing dapat dibeli dengan 1 dinar? Insya Allah dapat.Kuasa beli dengan duit dengan emas tidak sama, penyimpan duit kertas tak akan lagi mampu beli kambing pada harga yang sama sebab INFLASI atau kuasa beli sudah jatuh. Sebaliknya, bagi orang yang menyimpan satu dinar emas, masih lagi mampu membeli kambing dengan harga yang sama walaunpun selepas sepuluh tahun! Terbuktilah, emas ialah aset kewangan yang KALIS INFLASI.
3. Emas Medium Pelaburan Jangka Panjang TerbaikBagi saya, untuk pelaburan jangka masa panjang, emas adalah pelaburan yang terbaik. Berbaloikah kita simpan duit tapi dalam masa panjang, duit simpanan kita dimamah inflasi (kuasa beli) dan kejatuhan nilai matawang RM? Dari segi nilai pelaburan jangka panjang, kelebihan aset fizikal emas mengatasi aset dan intrumen kewangan yang lain sebab emas tidak akan jatuh menjadi nilai KOSONG. Cuba bayangkan aset kewangan lain, jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik, nilai hartanah di tempat tersebut pun akan jatuh dan tiada siapa nak beli! Exit plan yang sangat-sangat mencabar. Walaupun orang beli hartanah anda dengan tunai, ambik masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk settle.
4. Emas ~ Simpanan & Pelaburan Yang RasionalEmas juga satu bentuk pelaburan yang rasional dan menenangkan. Untuk memulakan simpanan emas, tidak perlu modal yang besar cuma RM100 dan tak perlu ada proses jual beli atau dokumentasi, lawyer fee seperti kita beli aset hartanah. Kalau dulu hanya kaum wanita sahaja yang boleh simpan emas, tetapi sekarang dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh menyimpan emas. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli rantai dan cincin, sekarang hanya serendah RM100 sahaja dah boleh mula menyimpan emas. Emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi aset fizikal yang boleh dipegang, dipeluk, dimiliki, dikumpul (collector) dan sangat mudah alih (mobile). Kalau ada kecemasan, aset emas sangat mudah dicairkan kepada tunai dengan jual balik atau pajak, terus dapat cash. Jadi dapat elak dari buat pinjaman atau guna kad kredit yang ada kadar faedah yang tinggi. Intrumen pelaburan yang baik memiliki kriteria seperti ini :
- Nilai jangka panjang terjamin
- Mudah dicairkan kepada tunai
- Kekayaan di tangan kita
- Ia aset mudah alih – mobile
- Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
- Aset fizikal mampu milik
5. Emas – Aset/Alat Kewangan Mudah AlihDalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut jika kita melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah…
“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”Berbeza dengan pelaburan emas, bila kita menukarkan duit kepada emas, kekayaan itu masih sepenuhnya milik kita. Kalau kita melabur dalam hartanah dan rumah, proses dokumentasi jual beli yang panjang boleh makan sehingga 6 – 9 bulan untuk diselesaikan. Belum lagi kira kos guaman dan kos penyelenggaraan rumah. Malah aset hartanah dan rumah tidak boleh di alih. Kalau kita terlepas bayar cukai rumah 2,3 kali baru kita tahu siapa empunya sebenar hartanah tersebut. Sebaliknya emas, kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain, aset emas boleh dibawa dengan mudah. Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang, kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu risau risiko kejatuhan nilai. Pelarian Vietnam sebagai contoh dalam Perang Vietnam, melarikan diri bersama aset emas. Mereka kemudian memulakan hidup baru dengan modal emas di negara orang. Sebab matawang negara yang bergolak pasti tidak laku lagi.
6. Emas Magnet KekayaanBila kita miliki duit kertas, psikologi terus fikir nak beli apa. Sebaliknya kalau miliki emas, psikologi manusia akan SAYANG dan terus rasa nak SIMPAN. Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14 . Apabila sudah jadi tabiat menyimpan emas, baik dalam bentuk barang kemas mahupun jongkong pelaburan, automatik perasaan suka kumpul dan sayang akan terbit. Dari 1 gram bertambah lagi 1 gram, dari sedikit semakin lama semakin bertambah. Sudahnya, koleksi akan terus bertambah dan nilai kekayaan meningkat. Tak hairanlah bila ramai mentor-mentor kewangan sebut EMAS MAGNET KEKAYAAN.