Kenapa orang berjaya akan terus berjaya
Kenapa orang berjaya akan terus berjaya
Kenapa orang berjaya akan terus beroleh kejayaan? 1. Orang berjaya ni fokus kalau buat sesuatu, bersungguh-sungguh buat dengan penuh disiplin, tepati segalanya dan bukan separuh jalan. Dia ada sifat never say die attitude.  ⠀⠀⠀⠀ 2. Orang berjaya ni ada jasa baik dia buat dan tak nak semua orang tahu apa yang dia buat. Contoh dalam diam dia seorang yang dermawan dan asbab itu, dia di murahkan rezeki. Yang susah berjaya ni orang yang suka cari kesilapan orang & pandai kritik sahaja. Suruh sendiri buat, pandai pula cakap tak pandai. Haha! ⠀⠀⠀⠀ 3. Orang berjaya ni sentiasa meletakkan beban/tekanan pada hidup dia supaya dia lebih keras berusaha dan bukan meletakkan diri dia di tempat yang selesa (comfort zone). Kalau jumpa masalah dia proaktif selesaikan masalah, bukannya harap leader tolong settle kan isu. ⠀⠀⠀⠀ 4. Orang berjaya sentiasa mencari peluang yang ada dan usaha untuk jana pendapatan melalui peluang yang dicari. Bukan tunggu peluang datang seperti kata orang kampung #spoonfeed type. ⠀⠀⠀⠀ 5. Orang berjaya suka tengok orang lain berjaya bersama, bukan “selfish” dan rasa lokek nak berkongsi tips kejayaan dia kepada semua orang. ⠀⠀⠀⠀ Ingat, orang yang betul-betul hebat, akan melahirkan lebih ramai orang-orang hebat dibawahnya. Jadi, mari muhasabah diri, mari kita berjaya bersama sama. Selagi tak berjaya, selagi tu kita kena berusaha kita sampai lah berjaya. ⠀⠀⠀⠀ Kalau baca sampai habis ni, anda ada potensi jadi orang berjaya sebab orang berjaya ni ciri-cirinya suka membaca tulisan motivasi macam ni! alt
~ Hafizul Hakim ~