Pengalaman bercuti 2 hari 1 malam di Lexis Hibiscus, Port Dickson

Pengalaman bercuti 2 hari 1 malam di Lexis Hibiscus, Port Dickson

December 28, 2017 0 By Hafizul Hakim


Masa mula-mula Lexis Hibiscus dibuka dulu, memang teringin sangat nak stay disini. Apabila tengok harga bilik satu malam wow, kena bayar Rm1,000 jugak ni.


Tapi takde hal, impian itu kan percuma. Tiap kali flight nak landing ke KLiA aku akan cakap, satu hari nanti aku nak stay sini. Tidur semalam pun jadi laaa.. (Lexis ni laluan kapal terbang Airasia landing).

Dan alhamdulillah dua minggu lepas, ada rezeki lebih dapatlah menetap di Lexis Hibiscus 2 hari 1 malam. Walaupun harga bilik Panorama Pool Villa (Seaview) around RM1,*** satu malam (peak time) tapi pejam mata je lah sebab teringin kan. (Tak mampu gi Maldives, sini pun ok lah)..

Jenis Bilik di Lexis Hibiscus, Port Dickson

Why ambik sea view?

  • kesian kat isteri saya. Dia mesti nak swimming secara private jugak kan, tak nak orang nampak. So dia dapat berenang pepuas sampai malam. Kalah anak-anak!
  • Saya nak dapat ilham dan rehatkan minda. Jadi motivasi kerja lebih bagus dengan Public Gold. Dengan bercuti, dapat banyak idea untuk memajukan bisnes.
  • 11 bulan buat talk sama sini, nak reward untuk diri sendiri and family. Diorang deserve dapat reward jugak kan.

Breakfast, Lunch & Dinner

  • Kitorang cuma breakfast je kat Lexis Hibiscus
  • Lunch makan kat kedai luar, lebih banyak pilihan misalnya King’s Char Kuey Tiaw, Ikan Bakar Tempoyak Cili Padi dan sebagainya.

Melawat PD Ostrich & Pets Show Farm

Farm featuring ostrich rides & racing, plus ponies & other animals, as well as an aquarium.
AddressLot 1419, Jalan Perdana 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
HoursOpen ⋅ Closes 6PM

Ini antara komen yang dapat aku bagi sepanjang 2 hari kami kat sana:
– Staff yang friendly
– Check in senang dan tak perlu tunggu lama
– Premium Pool Villa dan Panorama Pool Villa punya view sangat cantik.
– Buggy service pun steady, 24 jam.
– Private Swimming pool best, berenang la pepuas sampai tengah malam.
– Bilik luas, sesuai untuk famili.
– Decoration bilik smart dan up to date
– Flat screen tv panel & channel movie baru
– Ada sauna dalam bilik
– Katil selesa
– Buffet dinner kitorang tak ambik. Makan kat luar. King Char Kuey Tiaw!
– Boleh sewa basikal utk pusing2 sekitar resort waktu petang. Sewa RM10 untuk 30 minit. (Wife main 20 minit, aku kayuh 10 minit pusing resort. Pecut weyy.. haha)

Overall Review dari aku:

  1. Sleep Quality 5/5
  2. Location 4.5/5
  3. Rooms 4.5/5
  4. Service 4.5/5
  5. Value 4.5/5
  6. Cleanliness 4/5
  7. Wifi 4/5
  8. Breakfast 4/5
    Kalau anda nak rate discount 10%, pakai link ni: Discount Link
    Ok tu je!

Me and the kids

 

Smart TV

 

Buggy Service available 24 hours

#HafizulHakim
#WonderfulLife

Please follow and like us: