public-gold-logo-maroon
Belajar 5 Tips Menyimpan dari Pilot
Home » Saving  »  Belajar 5 Tips Menyimpan dari Pilot
Belajar 5 Tips Menyimpan dari Pilot
  • Pilot buat persediaan rapi sebelum terbang. Pastikan fail flight plan dengan DCA. Dapat taklimat pra-penerbangan. Minyak mencukupi. Buat pemeriksaan fizikal dan check list pada badan kapalterbang dan instrumen penerbangan.
  • Semua orang pun mesti begitu. Pastikan ada tabung kecemasan sebelum melabur. Buat dan validate tabung atau dana yang keluarga anda perlukan. Tentukan ada modal dan perbelanjaan keluarga yang memadai sebelum berhenti kerja dan buat bisnes.
  • Pilot akan pastikan semua orang bersedia sebelum terbang. Pramugari mesti duduk sehinggalah lampu keselamatan dipadamkan. Apabila nak terjun ke dunia bisnes, pastikan keluarga dan kawan-kawan faham apa yang kita nak lakukan. Sekiranya ada masalah, merekalah yang boleh beri sokongan dan menjadi tempat rujukan.
  • 10 minit terakhir sebelum take off adalah waktu yang cukup kritikal dalam penerbangan. Pilot lebih berwaspada pada tahap ini, jika dibandingkan apabila kapal terbang sudah mencapai “cruising level.” Dalam kehidupan, tiga tahun pertama cukup penting. Ikat perut. Fokus menyimpan. Usah sembang kencang.
  • Walaupun kapalterbang dibuat untuk tahan gegaran dan gelora udara (turbulence), sedapat mungkin pilot akan mengelak risiko terbang di kawasan tersebut. Dalam pengurusan kewangan, semua orang mesti belajar menguruskan risiko. Seperti pilot, kita juga hendaklah mengelak “kawasan” bermasalah. Jangan ambil risiko bodoh join skim cepat kaya. Labur duit, tak payah buat apa-apa. Tunggu duit masuk.
  • Pilot akan terbang dalam lingkungan radius dua jam dari lapangan terbang yang dia boleh mendarat jika berlaku kecemasan. Minda pilot dilatih untuk sentiasa berwaspada dan ada “exit plan” jika berlaku sesuatu perkara yang tak diingini. Semua orang juga mesti ada “exit plan” supaya kita tahu apa nak buat jika apa yang kita rancang tak menjadi.Nota asal: Tuan Norizan Bin Sharif