public-gold-logo-maroon
5 Kesan Selepas Diisytiharkan Muflis
Home » Saving  »  5 Kesan Selepas Diisytiharkan Muflis
5 Kesan Selepas Diisytiharkan Muflis

5 Kesan Selepas Diisytiharkan Muflis

1) Dibawah Pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi

+ Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. +Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawah pengendalian KPI.

2) Had Perjalanan

+ Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkannya keluar dari negara.

3) Kredit Terhad

+ Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. + Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.

4) Semua Aset Dirampas

+ Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. + Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.

5) Had Pekerjaan

+ Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah: - Peguam - Juru Ukur - Akauntan - Doktor + Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. + Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan. - - - Kebanyakan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis merupakan dalam lingkungan umur 35-44 tahun (35.25%), sementara 25-34 tahun adalah yang kedua terbanyak (22.52%). Majoriti kes muflis di Malaysia disebabkan oleh pinjaman kenderaan, ini oleh kerana tunggakan hutang pinjaman kenderaan yang tidak dijelaskan. Selain daripada itu, sebab lain rakyat Malaysia diisytiharkan muflis ialah daripada tunggakan hutang perumahan, hutang kad kredit, hutang peribadi dan hutang perniagaan. Individu juga boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia menjadi penjamin kepada orang lain. Pihak bank akan menuntut hutang daripada penghutang terlebih dahulu, namun sekiranya penghutang tidak boleh melangsaikan hutang tersebut pihak bank akan menuntut dari individu yang bertindak menjadi penjamin kepada penghutang. p/s: Hanya emas fizikal aset fizikal yang orang muflis boleh beli dan kumpul. Ramai orang berjaya keluarkan diri dari senarai muflis asbab menyimpan emas.. #HafizulHakim