public-gold-logo-maroon
Itinerary: Yogjakarta selama 6 HARI 5 MALAM
Home » Travel  »  Itinerary: Yogjakarta selama 6 HARI 5 MALAM
Itinerary: Yogjakarta selama 6 HARI 5 MALAM
Saya ingin berkongsi itinerari ke Yogyakarta yang dikunjungi pada 17 hingga 22 March 2018. Trip ini adalah selama 6 hari 5 malam bersama tiga anak kecil kami.
Simple je airport Jogja. Perlu di ingat, sini tiada troli. Pastikan bag anda jenis ada tayar.
Kami menginap di Hotel Harper Mangkabumi, di tengah-tengah bandar Jogja RM150/semalam.
Bilik hotel bertaraf 4 bintang.
 

First Day Cuti Jogja!

1) Candi Prambanan Kawasan Kompleks Candi Prambanan sangat-sangat luas. Kalau tak larat berjalan, naik shuttle. Seeloknya pergi Borobudur & Prambanan di hari yang berbeza. Sebab Borobudur lagi tinggi tangga untuk di daki. Bayaran Masuk: 500 ribu rupiah (RM150 untuk dewasa) dan 300 ribu rupiah (RM90 untuk kanak-kanak). Kitorang beli tiket pakej bayaran masuk ke Candi Prambanan & Candi Borobudur. Anak-anak bawah usia 5 tahun percuma. Sewa payung: 10,000 Rupiah (RM3). Aktiviti & Tips: Bergambar dan lihat ketelitian architecture candi Prabaman. Elakkan pergi disebelah petang, kemungkinan besar kena hujan macam kitorang.. Mujur isteri dah siapkan awal-awal baju hujan untuk kami semua.   2) Pasar Malioboro Anda mesti melawat tempat ini di Jalan Malioboro. Anda akan shopping baju, kain batik sehingga kaki anda lebam. Di sepanjang jalan Malioboro, adalah tempat terbaik untuk beli souvenir, terpulang pada skill negotiation anda. Terdapat banyak barang yang dapat dilihat di sini dan anda boleh menaiki kereta kuda mengelilingi Pasar Malioboro. Bayaran Masuk: FOC. Harga baju (kaos) sekitar 50,000 ke 100,000 rupiah sahaja. Aktiviti & Tips: Bergambar, naik kereta kuda, beca dan shopping! Kalau nak beli baju premium cotton, saya cadangkan anda cari kedai Malio Ave (famous ni). Harga pun sama je dengan yang dijual di gerai. Cuma kualiti Malio Ave lebih cantik! 3) Jeep Merapi Wisata Menaiki kenderaan jip 4WD ke Merapi Lava adalah salah satu perkara yang paling menyeronokkan untuk dilakukan di Yogyakarta. Ini adalah cara yang berbeza bagaimana untuk meneroka keajaiban pelancongan gunung berapi dengan 4WD Legendary Jeep Willys. Kami telah menggunakan Pak Andi sebagai supir untuk Tour Merapi ini. Saya highly recommend sebab beliau juga pandai mengambil gambar! Seriously!
Melihat sunrise dari puncak Merapi.
Bayaran Jeep & Supir: 400 Ribu Rupiah (RM120) satu jip Aktiviti & Tips: Menaiki jip 4WD mendaki puncak gunung, bergambar, melihat matahari terbit, melawat Muzium bekas rumah yang hancur disebabkan oleh letusan gunung berapi pada tahun 2010. Dan juga meredah sungai menaiki Jip! Hubungi Mas Andi  (+628562935101) untuk Tour Merapi ni: Akhir aktiviti kami dibawa meredah sungai menaiki Jeep.. Basah lencun weiii... Haha
Udara nyaman dan kami dibasahi oleh air sungai yang sejuk giler. haha.
Terima kasih Mas Andi!
Makan tengah hari kami singgah di Kedai Klotok, nasi goreng sangat sedap.  Juga kami try air kopi klotok yang famous di kedai ni. 4) Candi Borobudur Selepas Merapi Tour, kitorang terus ke Candi Borobudur sebab tiket yang dibeli semalam valid dalam tempoh 24 jam je. Kawasan yang dikendalikan dengan baik, pemandangan indah dan banyak tarikan yang berdekatan. Tempat yang bagus untuk menyegarkan minda anda selepas bekerja dan mempunyai pengetahuan lebih lanjut tentang Sejarah Candi Borobudur. Dari pintu masuk, agak jauh kalau berjalan kaki (sekitar 1 kilometer. Jadi kitorang naik 'keretapi' seorang dalam 7,500 rupiah dalam RM2 je. Kalau jalan kaki penat kot nak mendaki tangga curam Candi Borobudur. So, kitorang berjaya sampai ke puncak! Aaron umur 3 tahun pun berjaya panjat sampai ke puncak! Haha.
Kami naik mini bus untuk ke Candi Borobudur. Tak larat nak jalan kaki dalam 1 kilometer dari pintu masuk.
Sampai ke puncak!
Cuaca agak panas, mommy agih kain untuk alas kepala.
Sampai di atas puncak, bagi anak-anak minum. Elak dehydrate.
Di kaki tangga Candi Borobudur.
Lepas turun dari Candi, anak-anak request naik kereta kuda. Saya ok je. Cuma bayar 30,000 rupiah sahaja.
Masa balik, kitorang naik kereta kuda.. Bayar cuma 30,000 rupiah (lebih kurang RM30). Kita akan dibawa melalui kampung dan singgah di stop station diberikan minuman teh halia (free). Selepas tu baru dihantar semula ke kawasan parkir kereta.
Anak-anak enjoy dapat pengalaman naik kuda. Susah nak jumpa ni di Malaysia.
Bayaran Masuk: Kitorang beli tiket pakej bayaran masuk ke Candi Prambanan & Candi Borobudur. Anak-anak bawah usia 5 tahun percuma. Aktiviti & Tips: Bergambar dan lihat keindahan architecture Candi Borobudur. Kalau pakai seluar pendek mereka akan bagi kain untuk tutup bahagian kaki.   5) Klinik Kopi - Scene Ada Apa Dengan Cinta 2 

“Jangan ada gula dan susu di antara kita” kata Pak Firmansyah. . Kedai @klinikkopi merupakan lokasi salah satu babak dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dimana Rangga (Nicholas Saputra) & Cinta (Dian Sastro) mahu minum kopi.

Bukan sekadar ngopi, tapi di sini Rangga diajak bersembang dengan barista tentang sejarah kopi, bagaimana proses roasting-nya, effect kopi ke badan seperti apa, dan lain-lain. . Pilihan saya perisa Padusi kerana pentingkan aroma kopi . Ye ke? Bayaran Kopi: 200 Ribu Rupiah (RM6) Tips: Jangan sesekali minta gula atau susu nanti kena ceramah. Penggemar kopi sejati akan minum kopi tanpa kedua-dua bahan tersebut. Follow instagram: @klinikkopi 6) Tengkleng Gajah - One the best in Jogja     This place is famous of their tengkleng (lamb). There are a some choices of the tengkleng cooking to meet your taste. They also serve satay, which is chewy and yummy. Thumbs up! Bottom line: Thank God they do not serve elephants! =) Lepas makan kitorang balik hotel berehat untuk aktiviti seterusnya. Kenyang beb!

Third Day Cuti Jogja!

7) Kebun Buah Mangunan Kebun Buah Mangunan ini merupakan salah satu dari 10 tempat wajib pergi di Jogja. Tidak lengkap #iternary jika tidak singgah ke tempat yang dapat jolokan “Negeri Di Atas Awan”. Perjalanan ke sini dari hotel kira-kira 1 jam perjalanan. Entrance fee percuma, cuma perlu bayar parkir kereta sekitar 5 Ribu Rupiah (RM1.50 sahaja).
Breathtaking view
Bot diperbuat dari buluh.
Pengalaman yang sungguh luar biasa
Ambik masa lihat keindahan pemandangan
Subhanallah! Pemandangan nya sangat cantik, unik, kabus yang tebal membentuk seperti awan.. “Bahagia bukan pada apa kita miliki, tapi apa yang kita rasa “ 8) Hutan Pinus
Abang merajuk dengan adik. biasala bebudak.
Bau hutan yang menyegarkan, spot bergambar pun banyak.
Diorang bertiga ni first time naik buaian. Macam gayat je.
Buai laju-laju sampai pokok sena
Very beautiful place for vacation with family. Pinus forest with a lot of photo spot. Instagramable. Instagenic. Drive carefully to go there. Cheap ticket entrance. Must visit for IG lovers..
Bayaran Masuk: 2,000 Rupiah (RM3)
Aktiviti: Bergambar, joging
9) Gondola Pantai Timang Untuk ke Pantai Timang, kita perlu menyewa Jeep sebab jalannya berbatu dan sukar dinaiki oleh kenderaan biasa.
Kami menaiki jip dari pintu masuk hingga ke Pantai Timang. Jalan berbatu dan ambik masa 20 minit.
Persis pemandangan di 3 Apostles, Melbourne
Cewaahhh artis.
Saya dan Aaron pun nak jugak!
Kembar tak jadi
Me time.
Us time! haha
Tunggu gondola dari seberang datang ambik kitorang.
cantik kan pemandangan.
Ada dua cara ke seberang, naik gondola atau naik jejantas.
Sampai di seberang
Pandai pula mereka suruh kitorang posing.
In love gitu..
Jangan terjun, susah nak keringkan baju kang.
“Kalau kita happy, happy bersama-sama. Kalau kita jatuh, kita basah bersama-sama!” 
Orang Jogja bilang, kalau enggak naik gondola ini maksudnya ‘tak complete’ kunjungan ke Jogja. Gondola seberat 500 kilogram ni ditarik secara manual oleh 6 orang sejauh 99 meter. Jadi, daya henjutan akibat tarikan memang luar biasa feelingnya. haha.. cuba la rasa nanti.. Kalau tak berani naik gondola, anda boleh berjalan atas jambatan gantung untuk sampai ke seberang. Bayaran: Naik Jambatan: 100 Ribu Rupiah (#RM30) Naik Gondola: 200 Ribu Rupiah (#RM60) Balik dari Gondola, kami makan hidangan Lobster satu set sekitar 550,000 rupiah..

Fourth Day Cuti Jogja!

10) Kalibiru  Dekat Kalibiru, bila korang dah naik dekat photo spot tu, memang wajib kena beli gambar yang photografer dorang ambilkan. Minimum 4 keping kena beli. Sekeping 5,000 rupiah. Nak tangkap gambar guna phone sendiri pun boleh tapi tetapi kena beli gambar yang photografer to snap. Nanti gambar tu tak dapat dalam bentuk hard copy tapi transfer dekat phone korang. Boleh lah korang terus upload dekat IG, senang. Haha.
Minum-minum sambil menikmati pemandangan cantik di bawah
  11) Pulepayung  Tempat ni tak jauh dari Kalibiru, reason kami ke sini sebab ada spot menarik - naik basikal atas tali kabel. Hehe. Cuba try test.. Buat gaya yang lebih ekstrim. Bayaran Masuk & Tips: Hanya 25,000 Rupiah sahaja bayarannya sekitar #RM8. Dapat free 3 gambar. Maximum berat nak naik basikal ni 85kg. Kalau lebih dia tak bagi.. Hehe Aktiviti: Bergambar scenery cantik, naik basikal atas kabel & famili photo 12) Chocolate Monggo Coklat perisa cili! Monggo maksudnya “Please” dalam bahasa inggeris. Jadi nama kedai ni dalam bahasa orang kampung saya, Chocolate Please! Banyak pilihan perisa “pelik”, antara menarik perhatian kami - cokelat perisa cili, rendang, ginger dan sebagainya. Beli banyak sikit, buat ole-ole untuk sahabat kami...

Fifth Day Cuti Jogja!

13) Pantai Depok Kami tiba di sini hampir di waktu tengah hari, perut lapar. Singgah sini untuk beli ikan senangin fresh, udang & sotong.. Rupanya tukang masak dah standby kat tepi untuk ambil barang masakan.. Sedap wey! Kos: 1/2 kg Ikan Senangin, 1/2 kg Udang & 1/2 kg Sotong hanya sekitar 120,000 rupiah (RM35). Upah memasak: RM15 (termasuk 4 biji air kelapa, 4 pinggan nasi putih & 1 pinggan sayur kangkung) Aktiviti: Makan ler! [metaslider id=18411] 14) Gumuk Pasir & Pantai Parangtritis  Aktiviti : Boleh jalan-jalan dan ambil angin. Ini salah satu lokasi penggambaran AADC2, scene Cinta bersama kawan-kawan dia. Kalau rasa nak naik kereta kuda pun boleh  tapi harga saya kurang pasti sebab tak naik.
Gumuk Pasir ni ibarat Pinaccle di Perth, Australia
Lepas main aktiviti sandboarding. Letih wo! turun naik bukit menggelosor.
Bebudak suka la main pasir. hihi
Kemudian ke Pantai Parangtritis
Melihat pemandangan cantik matahari terbenam di sini
Bayaran Masuk Pantai Gumuk: 10,000 rupiah (RM3) Aktiviti & Tips: Bergambar, main sandboarding bayaran 50,000 rupiah (RM15) 15) Satay Klathak Ada Apa Dengan Cinta 3 - Lokasi penggambaran. haha! Selepas lapan tahun, Cinta (dah bertudung) & Rangga (BMI dah tersasar) akhirnya ada tiga anak lelaki (seorang lagi dibawah meja). Sempat jua kami ke scene penggambaran Rangga (@nicholassaputra) & Cinta (@therealdisastr) makan satay di Jogja. Oh ya, meja yang sama.. baunya masih ada. Hehe.. Harga Satay: 10,000 rupiah satu cucuk satay

Sixth Day Cuti Jogja!

16) Taman Sari Tempat bersejarah yang wajib pergi. Kami mendapatkan local guide tour (Pak supir kita tak boleh jadi guide) yang berpengetahuan menerangkan perihal sejarah Sultan Jogja, kisah Laksamana Cheng Ho sehinggalah perang menentang Belanda. Kos Local Guide: Biasanya orang bagi 50,000 rupiah. Tapi kami bagi 100,000 rupiah (RM30) 17) Kraton Maksud kraton ni adalah istana atau royal palace. Kita akan dibawa ke kediaman rasmi Sultan Yogjakarta (sebenarnya Jogja ni dibawah pemerintahan sistem beraja), tidak seperti provinsi lain dibawah kerajaan Indonesia. Bagi menjimatkan masa, kami ambil speda beca yang cuma 20,000 rupiah (RM6). Sewa dua buah untuk keselesaan kami sekeluarga.. 18) BuAgeng Tempat terakhir kami makan tengah hari sebelum bertolak ke Lapangan Terbang. Bu Ageng juga merupakan lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Recommended: Ayam Panggang! Sedap giler! 19) Bakpia Pathok 25 Kalau pergi Kuching, kita akan beli kek lapis. Kalau di Jogja, kita tapau #Bakpia. Sedap tetapi hanya bertahan dalam tempoh 4 hari Harga: Biasa (30,000 rupiah) & Premium (45,000 rupiah) Tips Extra ke Jogja:
  • Masa terbaik ke Jogja dari bulan March hingga Ogos.
  • Boleh bawa stroller & baby carrier
  • bawa je bantal hotel dalam kereta, tiap kali perjalanan suruh mereka tidur supaya badan segar apabila sampai destinasi.
  • Sediakan minuman mineral botol atau singgah di kedai untuk beli air. Kat jogja ni cuaca agak panas.
  • Bekal lotion untuk elak sunburn.
  • Rancang perjalanan dengan Pak Supir untuk dapat spot gambar yang menarik dan timing yang betul.
  • Kalau dari Kuching, lebih jimat ambil flight Air Asia dari Kuching - Pontianak - Yogjakarta (lebih murah).
  • Sediakan duit kecil dalam poket untuk bayar parkir eg 2,000 dan 5,000 rupiah.
  • Bagi mengurangkan kos, anda boleh cari homestay (banglo) yang bersesuaian dengan bajet anda. Yang penting selesa dan bersih. Boleh dapatkan recommendation dari Pak Ricco.
  • Bawa baju hujan yang boleh dilipat kecil (just in case hujan).
Kos Sewa Kereta & Supir: 500,000 Rupiah (RM150) - Kenderaan kami Avanza. Hubungi Pak Ricco (081 328 345 551) Hafizul Hakim!~ Yogjakarta, 2018