Alhamdulillah, saya telah dijemput oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk menjadi penceramah seminar bertajuk “Pelaburan Emas: Satu Alternatif”
Seminar ini akan diadakan sempena Fiesta Labur PNB 2018, yang akan diadakan di:

  • Lokasi: Pullman Miri Waterfront, Miri
  • Tarikh: 7 April 2018
  • Masa: 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Sebagai seorang pelabur emas dan ASB, saya yakin kombinasi ilmu emas dan ASB boleh membantu meningkatkan kewangan anda.
Jadi, peluang menyampaikan ilmu pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat di program ASNB adalah sesuatu yang menarik.
Terima kasih kepada Puan Siti Norilah, (Vice President Marketing & Literacy Department) diatas jemputan.
Untuk pengetahuan anda, program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia – anda dijemput hadir. Ada lucky draw emas fizikal!