Pengalaman bercuti 6 hari 5 malam ke Yogjakarta bersama anak-anak kecil

Pengalaman bercuti 6 hari 5 malam ke Yogjakarta bersama anak-anak kecil

March 27, 2018 0 By Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Saya ingin berkongsi itinerari ke Yogyakarta yang dikunjungi pada 17 hingga 22 March 2018. Trip ini adalah selama 6 hari 5 malam bersama tiga anak kecil kami. Tapi kalau ikutkan, 18 haribulan baru aktiviti bermula sebab sebelum tu saya ada talk emas Public Gold di Hotel Harper Mangkabumi, Yogjakarta.

Kami menginap di Hotel Harper Mangkabumi (4 star Hotel), di tengah-tengah bandar Jogja sekitar RM150/semalam. Reason pilih hotel ni sebab tempat seminar saya, jadi malas nak pindah-pindah – terus stay je kat sini.

[metaslider id=18434]

First Day Cuti Jogja!

1) Candi Prambanan

Tempat yang cantik. Gembira bahawa struktur bangunan perlahan-lahan telah dipulihkan. Hujan turun ketika kami pergi, dan tidak banyak tempat yang dapat berlindung. Sedikit becak namun tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Beautiful place. Glad that it is slowly being restored. I found it to be a little crowded. It was raining when we went, and there wasn’t many places one could seek shelter at. The steps are slightly steep. Overall… definitely a place to visit.
Bayaran Masuk: 500 ribu rupiah (RM150 untuk dewasa) & 300 ribu rupiah (RM90 untuk kanak-kanak). Kitorang beli tiket pakej bayaran masuk ke Candi Prambanan & Candi Borobudur. Anak-anak bawah usia 5 tahun percuma.
Sewa payung: 10,000 Rupiah (RM3).
Aktiviti & Tips: Bergambar dan lihat ketelitian architecture candi Prabaman. Elakkan pergi disebelah petang, kemungkinan besar kena hujan macam kitorang.. Mujur isteri dah siapkan awal-awal baju hujan untuk kami semua.

Kalau kat negeri omputeh kemain lagi kita main salji, hujan sikit takkan dah goyang kan.. hehe

2) Pasar Malioboro

Bab tawar menawar saya serahkan pada yang pakar.. Nego half price dulu kemudian anda akan dapat harga terbaik!

Anda mesti melawat tempat ini di Jalan Malioboro. Anda akan shopping baju, kain batik sehingga kaki anda lebam. Di sepanjang jalan Maliboro, adalah tempat terbaik untuk beli souvenir, terpulang pada skill negotiation anda. Terdapat banyak barang yang dapat dilihat di sini dan anda boleh menaiki kereta kuda mengelilingi Pasar Malioboro. Pada hujung minggu ia boleh menjadi cukup padat tetapi ianya petanda betapa meriahnya suasana jual beli di situ.
You must visit this place in Malioboro. You will batik until your feet hurt. This place has some of the best deals in the area. You definitely have to work to get the best deals though. There is so much to see. On the weekend it can get pretty cramped but it only adds to the experience of the place.

Bayaran Masuk: FOC. Harga baju (kaos) sekitar 50,000 ke 100,000 rupiah sahaja.
Aktiviti & Tips: Bergambar, naik kereta kuda, beca dan shopping! Kalau nak beli baju premium cotton, saya cadangkan anda cari kedai Malio Ave (famous ni). Harga pun sama je dengan yang dijual di gerai. Cuma kualiti Malio Ave lebih cantik!
[metaslider id=”18339″]
Lepas shopping kami makan di Mcdonald di Malioboro Mall.

Second Day Cuti Jogja!

3) Jeep Merapi Wisata

Foto kami sekeluarga di ambil oleh Mas Andi.

Menaiki kenderaan jip 4WD ke Merapi Lava adalah salah satu perkara yang paling menyeronokkan untuk dilakukan di Yogyakarta. Ini adalah cara yang berbeza bagaimana untuk meneroka keajaiban pelancongan gunung berapi dengan 4WD Legendary Jeep Willys. Kami telah menggunakan Pak Andi sebagai supir untuk Tour Merapi ini. Saya highly recommend sebab beliau juga pandai mengambil gambar! Seriously!
The 4WD jeep ride to Merapi Lava is one of the most fun things to do in Yogyakarta. This is a different way of how to explore the wonders of volcanic tourism with 4WD Legendary Jeep Willys. We have used Pak Andi as a driver for this Merapi Tour. I highly recommend because he is also good at taking pictures! Seriously!
Experiencing an adventurous Merapi Jeep adventure with taking an off road jeep on a Merapi Lava tour to see the real and the most exotic side of Mt. Merapi. During the trip we can trace the the slope of Mt. Merapi that is totally destroyed after the last great eruption of Merapi in November 4th and 5th , 2010.
[metaslider id=18347]
Bayaran Jeep & Supir: 400 Ribu Rupiah (RM120) satu jip
Aktiviti & Tips: Menaiki jip 4WD mendaki puncak gunung, bergambar, melihat matahari terbit, melawat Muzium bekas rumah yang hancur disebabkan oleh letusan gunung berapi pada tahun 2010. Dan juga meredah sungai menaiki Jip! Hubungi Mas Andi  (+628562935101) untuk Tour Merapi ni:

Jam 5 pagi menaiki Jeep naik ke lokasi spot sunrise

Akhir aktiviti kami dibawa meredah sungai menaiki Jeep.. Basah lencun weiii… Haha
Makan tengah hari di Kedai Klotok, nasi goreng sangat sedap. 
Juga kami try air kopi klotok yang famous di kedai ni.

4) Candi Borobudur
Selepas Merapi Tour, kitorang terus ke Candi Borobudur sebab tiket yang dibeli semalam valid dalam tempoh 24 jam je.

Kawasan yang dikendalikan dengan baik, pemandangan indah dan banyak tarikan yang berdekatan. Tempat yang bagus untuk menyegarkan minda anda selepas bekerja dan mempunyai pengetahuan lebih lanjut tentang Sejarah Candi Borobudur. Satu-satunya kebimbangan saya ialah penjual tempatan di tempat letak kereta yang memaksa kita membeli barang dan perbezaan antara tiket pelawat tempatan dan antarabangsa. Saya fikir ia terlalu mahal untuk tiket pelawat antarabangsa. Secara keseluruhannya, pengalaman hebat
Very well managed area, beautiful scenery and a lot of attractions nearby. Great place to refresh your mind after work and to have more knowledge about the History of Candi Borobudur. My only concern is the local sellers at the parking lot who forced us to buy things and the differentiation between local and international visitor ticket. I think it is overpriced for the International visitor ticket. Overall, amazing experience.
Bayaran Masuk: Kitorang beli tiket pakej bayaran masuk ke Candi Prambanan & Candi Borobudur. Anak-anak bawah usia 5 tahun percuma.
Aktiviti & Tips: Bergambar dan lihat keindahan architecture Candi Borobudur. Kalau pakai seluar pendek mereka akan bagi kain untuk tutup bahagian kaki.
Dari pintu masuk, agak jauh kalau berjalan kaki (sekitar 1 kilometer. Jadi kitorang naik ‘keretapi’ seorang dalam 20,000 rupiah dalam RM6 je. Kalau jalan kaki penat kot nak mendaki tangga curam Candi Borobudur. So, kitorang berjaya sampai ke puncak! Baby umur 3 tahun pun berjaya panjat, well done Aaron!

Masa balik, kitorang naik kereta kuda.. Kos sekitar 50,000 rupiah.. Kita akan dibawa melalui kampung dan singgah di stop station diberikan minuman teh halia (free). Selepas tu baru dihantar semula ke kawasan parkir kereta.

[metaslider id=18362]
5) Klinik Kopi – Scene Ada Apa Dengan Cinta 2 

“Jangan ada gula dan susu di antara kita” kata Pak Firmansyah.
.
Kedai @klinikkopi merupakan lokasi salah satu babak dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 dimana Rangga (Nicholas Saputra) & Cinta (Dian Sastro) mahu minum kopi. .

Nicholas Saputra (Rangga) sedang mencium bau biji kopi di Klinik Kopi

.
Bukan sekadar ngopi, tapi di sini Rangga diajak bersembang dengan barista tentang sejarah kopi, bagaimana proses roasting-nya, effect kopi ke badan seperti apa, dan lain-lain. .
.
Pilihan saya perisa Padusi kerana pentingkan aroma kopi . Ye ke?

Bayaran Kopi: 200 Ribu Rupiah (RM6)
Tips: Jangan sesekali minta gula atau susu nanti kena ceramah. Penggemar kopi sejati akan minum kopi tanpa kedua-dua bahan tersebut. Follow instagram: @klinikkopi

6) Tengkleng Gajah – One the best in Jogja

This place is famous of their tengkleng (lamb). There are a some choices of the tengkleng cooking to meet your taste. They also serve satay, which is chewy and yummy. Thumbs up! Bottom line: Thank God they do not serve elephants! =)

Sate kambing ni memang saiz gajah! besar and very juicy!


Lepas makan kitorang balik hotel berehat untuk aktiviti seterusnya. Kenyang beb!

Third Day Cuti Jogja!

7) Kebun Buah Mangunan

Kebun Buah Mangunan ini merupakan salah satu dari 10 tempat wajib pergi di Jogja. Tidak lengkap #iternary jika tidak singgah ke tempat yang dapat jolokan “Negeri Di Atas Awan”.
Untuk menuju kesini dari kota Jogja kira-kira 1jam perjalanan. Bayaran cuma untuk parkir kereta sekitar 5 Ribu Rupiah (RM1.50 sahaja).
Subhanallah! Pemandangan nya sangat cantik, unik, kabus yang tebal membentuk seperti awan..
“Bahagia bukan pada apa kita miliki, tapi apa yang kita rasa “


8) Hutan Pinus

Very beautiful place for vacation with family. Pinus forest with a lot of photo spot. Instagramable. Instagenic. Drive carefully to go there. Cheap ticket entrance. Must visit for IG lovers..

Bayaran Masuk: 2,000 Rupiah (RM3)
Aktiviti: Bergambar, joging

9) Gondola Pantai Timang
Untuk ke Pantai Timang, kita perlu menyewa Jeep sebab jalannya berbatu dan sukar dinaiki oleh kenderaan biasa.

Kalau nyanyi lagu goyang dumang memang kena laa masa on the way ke Pantai Timang.

“Kalau kita happy, happy bersama-sama. Kalau kita jatuh, kita basah bersama-sama!” 

Orang Jogja bilang, kalau enggak naik gondola ini maksudnya ‘tak complete’ kunjungan ke Jogja.
Gondola seberat 500 kilogram ni ditarik secara manual oleh 6 orang sejauh 99 meter. Jadi, daya henjutan akibat tarikan memang luar biasa feelingnya. haha.. cuba la rasa nanti..
Kalau tak berani naik gondola, anda boleh berjalan atas jambatan gantung untuk sampai ke seberang.

Bayaran:
Naik Jambatan: 100 Ribu Rupiah (#RM30)
Naik Gondola: 200 Ribu Rupiah (#RM60)
Balik dari Gondola, kami makan hidangan Lobster satu set sekitar 550,000 rupiah..

Fourth Day Cuti Jogja!

10) Kalibiru 

Beautiful place with awesome view.. there are many spot to take pictures. At same time you can relax and enjoy the nature.
[metaslider id=18363]
11) Pulepayung 

Tempat ni tak jauh dari Kalibiru, reason kami ke sini sebab ada spot menarik – naik basikal atas tali kabel. Hehe. Cuba try test.. Buat gaya yang lebih ekstrim.

Bayaran Masuk & Tips: Hanya 25,000 Rupiah sahaja bayarannya sekitar #RM8. Dapat free 3 gambar. Maximum berat nak naik basikal ni 85kg. Kalau lebih dia tak bagi.. Hehe
Aktiviti: Bergambar scenery cantik, naik basikal atas kabel & famili photo

12) Chocolate Monggo

Coklat perisa cili! Monggo maksudnya “Please” dalam bahasa inggeris. Jadi nama kedai ni dalam bahasa orang kampung saya, Chocolate Please!
Banyak pilihan perisa “pelik”, antara menarik perhatian kami – cokelat perisa cili, rendang, ginger dan sebagainya.
Beli banyak sikit, buat ole-ole untuk sahabat kami…
[metaslider id=18363]

Fifth Day Cuti Jogja!

13) Pantai Depok
Kami tiba di sini hampir di waktu tengah hari, perut lapar. Singgah sini untuk beli ikan senangin fresh, udang & sotong.. Rupanya tukang masak dah standby kat tepi untuk ambil barang masakan.. Sedap wey!

Kos: 1/2 kg Ikan Senangin, 1/2 kg Udang & 1/2 kg Sotong hanya sekitar 120,000 rupiah (RM35).
Upah memasak: RM15 (termasuk 4 biji air kelapa, 4 pinggan nasi putih & 1 pinggan sayur kangkung)
Aktiviti: Makan ler!
[metaslider id=18411]
14) Gumuk Pasir & Pantai Parangtritis 

Bayaran Masuk: 10,000 rupiah (RM3)
Aktiviti & Tips: Bergambar, main sandboarding bayaran 50,000 rupiah (RM15)
15) Satay Klathak

(Ada Apa Dengan Cinta 3)
.
Selepas lapan tahun, Cinta (dah bertudung) & Rangga (BMI dah tersasar) akhirnya ada tiga anak lelaki (seorang lagi dibawah meja).
.
Sempat jua kami ke scene penggambaran Rangga (@nicholassaputra) & Cinta (@therealdisastr) makan satay di Jogja. Oh ya, meja yang sama.. baunya masih ada. Hehe..
Harga Satay: 10,000 rupiah satu cucuk satay

Sixth Day Cuti Jogja!

16) Taman Sari

Tempat bersejarah yang wajib pergi. Kami mendapatkan local guide tour (Pak supir kita tak boleh jadi guide) yang berpengetahuan menerangkan perihal sejarah Sultan Jogja, kisah Laksamana Cheng Ho sehinggalah perang menentang Belanda.
Kos Local Guide: Biasanya orang bagi 50,000 rupiah. Tapi kami bagi 100,000 rupiah (RM30)
17) Kraton
Maksud kraton ni adalah istana atau royal palace. Kita akan dibawa ke kediaman rasmi Sultan Yogjakarta (sebenarnya Jogja ni dibawah pemerintahan sistem beraja), tidak seperti provinsi lain dibawah kerajaan Indonesia.

Bagi menjimatkan masa, kami ambil speda beca yang cuma 20,000 rupiah (RM6). Sewa dua buah untuk keselesaan kami sekeluarga..

18) BuAgeng
Tempat terakhir kami makan tengah hari sebelum bertolak ke Lapangan Terbang. Bu Ageng juga merupakan lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta 2.

Recommended: Ayam Panggang! Sedap giler!
19) Bakpia Pathok 25
Kalau pergi Kuching, kita akan beli kek lapis. Kalau di Jogja, kita tapau #Bakpia.
Sedap tetapi hanya bertahan dalam tempoh 4 hari
Harga: Biasa (30,000 rupiah) & Premium (45,000 rupiah)

Kos Sewa Kereta & Supir: 500,000 Rupiah (RM150) – Kenderaan kami Avanza. Hubungi Pak Ricco (081 328 345 551)
Tips Extra ke Jogja:

  • Masa terbaik ke Jogja dari bulan March hingga Ogos.
  • Boleh bawa stroller & baby carrier
  • bawa je bantal hotel dalam kereta, tiap kali perjalanan suruh mereka tidur supaya badan segar apabila sampai destinasi.
  • Sediakan minuman mineral botol atau singgah di kedai untuk beli air. Kat jogja ni cuaca agak panas.
  • Bekal lotion untuk elak sunburn.
  • Rancang perjalanan dengan Pak Supir untuk dapat spot gambar yang menarik dan timing yang betul.
  • Kalau dari Kuching, lebih jimat ambil flight Air Asia dari Kuching – Pontianak – Yogjakarta (lebih murah).
  • Sediakan duit kecil dalam poket untuk bayar parkir eg 2,000 dan 5,000 rupiah.
  • Bagi mengurangkan kos, anda boleh cari homestay (banglo) yang bersesuaian dengan bajet anda. Yang penting selesa dan bersih. Boleh dapatkan recommendation dari Pak Ricco.
  • Bawa baju hujan yang boleh dilipat kecil (just in case hujan).

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat yang kami tak sempat kunjungi di Jogja. Lihat foto dibawah:

Nanggulan Kulon progo
Pic. @dodiefdi

Tebing Gunung Watu Gajah.
Loc. Kulon Progo, Yogyakarta.
Pic. @ekaariana29

 

Stonehenge, The Lost World Castle.
Loc. Cangkringan, Sleman, Yogyakarta
Pic. @fery.permana

The World Landmark, Merapi Park.
Loc. Sleman
Pic. @dodisdodos

Puncak Becici.
Loc. Dlingo, Bantul
Pic.@fathurohman7

Goa Jomblang
Loc. Gunung Kidul
Pic. @linggabinangkit

 

Berusia 34 tahun, telah berkecimpung dalam bisnes emas Public Gold selama 9 tahun. Merupakan Master Dealer termuda yang mencatatkan kelayakan jualan Sales Incentive Trip selama 7 kali.

Aktif berkongsi ilmu emas di media social facebook dan instagram.

Please follow and like us: