Apakah ciri orang berjaya?
Kalau kita perhati betul-betul attitude orang yang berjaya, kesemua mereka ada 10 ciri-ciri dibawah: 1. Mereka berkawan dengan orang yang betul dan positif. 2. Mereka tidak suka bertangguh. Ada idea bagus, terus dibuat. 3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran orang. Sebaliknya dibalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. 4. Fokus, Fokus, Fokus dan Fokus. Orang kampung saya sebut: “One tunnel view..” 5. Mereka sanggup labur wang untuk menimba ilmu, kerah otak dan tenaga untuk berfikir. Sentiasa merendah diri walaupun hakikat sebenar, dia power gila! 6. Mereka bina networking yang bagus. 7. Mereka konsisten dan tidak pernah mudah putus asa. Buat dulu, dapat pengalaman, mengakui kesilapan sendiri dan ada sifat mahu terus belajar. 8. Mereka ini pantas buat keputusan serta pantas buat tindakan. Tak tunggu orang lain, sendiri jalan dulu ke depan. 9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. Tangan ringan untuk bersedekah, pintu rezeki pasti terbuka! 10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang lain. Kalau baca sampai habis, anda dah mula melangkah untuk berjaya! Ohh ya, orang sukses juga suka kongsi perkara yang baik! Jangan lupa share okay! Hafizul HakimAkaun emas GAP: Simpan emas serendah RM100