Makan-makan di Kedai Itik Salai Masthar, Kajang

Makan-makan di Kedai Itik Salai Masthar, Kajang

April 16, 2018 1 By Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Hari ni saya makan tengah hari di kedai Itik Salai Masthar yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Memang superb wei! Kalau nak pergi ke tempat makan popular ni, awak cari lokasi ‘Itik Salai Masthar’ guna aplikasi #WAZE. Perjalanan dari Putrajaya ke sini cuma 15 minit.
Dari jauh dah dapat tengok orang ramai sedang beratur pesan makanan, panjang giler! Ini nak makan itik ke nak tengok wayang cerita ‘A Quiet Place’. Hahaha!

Tak pernah lagi sepanjang hidup saya tengok orang berbaris panjang sebab nak makan itik. Kalau beratur sebab beli ayam goreng tu normal la kan.
Servis order memang laju, tak sampai 5 minit que dan meja pun banyak. Saya order Itik salai dan Ikan Keli, kedua-dua hidangan ni berkuahkan masak lemak cili api. Tak sabar nak merasa hidangan ni, awak yang baca ni pun dah terliur kan. Hehe!



Part ni best, sebab nak gambarkan rasa daging itik salai apabila dimasukkan ke dalam mulut, fuhh! Cukup dengan aroma isi daging berkuahkan lemak santan cili, bila dikunyah seolah-olah itik tu sedang menari-nari. Sedap sesangat! Hihihi


Kemudian saya try ikan keli, rasa lemak isi ikan tu ‘juicy’ dengan kuah cili api bergabung di dalam mulut memang meloncat-loncat la isi ikan. Saya habiskan ikan keli dulu, sebab sedap sangat!


Kalau ke KL lagi lepas ni, dah pasti saya bawa isteri Aliffa Rafini Abdullah. Jangan risau sayang, kalau tak pandai makan itik sini ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Kita makan puas-puas, nanti awak bayarkan. Hihihi.
Antara makanan yang ada selain itik salai masak lemak cili api,
1. Daging salai + Masak lemak cili api (RM5)
2. Ikan keli Salai + Masak lemak cili api (RM5)
3. Itik Salai + Masak lemak cili api (RM7)
4. Kambing + Masak lemak cili api (RM9)
5. Ulam ulaman
6. Ayam Bakar
7. Nasi Putih (RM1)
Harga Nasi putih, itik salai masak lemak dan ikan keli cili api cuma RM14. Murah giler kan?

Daging Salai


Kawan-kawan yang ada di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya atau di mana-mana pun kena datang dan cuba makan di sini. Kedai ni dibuka pada setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam.
Jadi, tunggu apa lagi. Ajak kawan-kawan yang suka makan tu melahap kat sini. Dah lah murah, daging itik menari-nari dalam mulut pulak tu. Sedap sangat!
Hafizul Hakim
Daging Itik Menari-nari

Berusia 34 tahun, telah berkecimpung dalam bisnes emas Public Gold selama 9 tahun. Merupakan Master Dealer termuda yang mencatatkan kelayakan jualan Sales Incentive Trip selama 7 kali.

Aktif berkongsi ilmu emas di media social facebook dan instagram.

Please follow and like us: