Selain kasut, selipar atau sandal juga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi selepas pulang dari kerja, kaki kita memerlukan alas kaki yang selesa untuk dipakai untuk urusan seharian yang lain.
Tun Mahathir juga begitu. Beliau turut menyarung sandal jika perlu dan viral ketika ini tentang sandal yang dipakainya. Bukan sandal Gucci, Prada atau adidas yang menjadi pilihan Tun M, tetapi sandal daripada jenama Bata. Ianya dikongsi oleh seorang pengguna Instagram azranshah.
Pihak bata juga telah menjual semula sandal lagenda ini dengan harga RM11.99 sahaja! Sesuai digunakan menjelang Hari Raya nanti, jimat banyak ni! Untuk belian secara atas talian, boleh klik link ini: Selipar Bata Tun Mahathir
Status di muat naik oleh page rasmi Bata pada 17 May 2018.
Berita lain: Ulasan Tun Mahathir tentang Dinar Emas

