Read Time:1 Minute, 5 Second
“Abang je lah pergi masjid, saya jaga anak kat rumah.”Umumnya kaum ibu selalu mengorbankan keinginan untuk menunaikan solat Tarawikh di masjid atas sebab jaga anak-anak. Berita baik bagi ibu bapa ada anak kecil tapi ingin menunaikan solat sunat solat tarawikh di Masjid Jamek Kuching, Sarawak. Pihak jawatankuasa masjid telah menyediakan satu sudut khas untuk kanak-kanak bermain sepanjang tempoh solat tarawikh 20 rakaat (bacaan imam adalah 1 juzuk Al-Quran). Petugas keselamatan akan menjaga ‘playground’ bermula dari seawal 7.30 hingga 10.30 malam. Impaknya, jemaah akan bertambah dengan kaum-kaum wanita dan lelaki akan datang ke masjid dengan perasaan aman tanpa perlu rasa gusar takut anak dimarahi. Cadangan peribadi saya bagi penambahbaikan untuk ruang ‘kids friendly’:
- Pendaftaran in dan out nama kanak-kanak serta penjaga. (Ada nombor telefon ayah/ibu)
- Ada tag nama dilekatkan di badan kanak-kanak
- Sertakan aktiviti bermanfaat misalnya story telling (kisah para sahabat), ada aktiviti ringkas eg mewarna. Kalau boleh dapatkan sukarelawan untuk bersama anak-anak ini.




Average Rating