public-gold-logo-maroon
Ciri-ciri lelaki ‘hot’ dan ‘rare’ pada pandangan wanita
Home » Kisah Motivasi  »  Ciri-ciri lelaki ‘hot’ dan ‘rare’ pada pandangan wanita
Ciri-ciri lelaki ‘hot’ dan ‘rare’ pada pandangan wanita
Amboi, cepatnya jari klik nak baca artikel ni. Pertama sekali saya nak beritahu ini cuma pandangan peribadi Hafizul Hakim, sepanjang bergelar seorang lelaki. Mungkin ada percanggahan pendapat dengan anda, tapi saya jangka anda setuju dengannya.
1. Yakin Dengan Diri Sendiri 
Yakin maksudnya dia tahu apa yang perlu dilakukan dan sentiasa mahu memperbaiki diri untuk berjaya. Dia akan letak sasaran dan pastikan ia tercapai. Sebut 'tak pandai' bukan dalam falsafah hidupnya, itu ciri lelaki yang selalu nak beri alasan. "Saya boleh belajar, boleh buat. Insha Allah."
2. Pandai buat lawak
Tak perlu bercakap terlalu serius atau ketawa dibuat-buat. Ingat, nak jadi kelakar tak semestinya buat lawak bodoh. Perempuan suka pada lawak yang bijak. Belajar berlawak dengan cara spontan untuk menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja ini akan buat si dia rindu pada anda.
3. Romantik dan pembersih
90% wanita akan nafikan mereka suka pada lelaki romantik, tapi sebenarnya dalam hati ini ego yang paling mereka tolak ketepi. Kat mulut je cakap tak nak, tapi. Haa, mesti tersenyum tu kan? Haha Romantik bukannya gatal atau miang. Ambil berat serta penyayang dah cukup romantis bagi wanita. Dalam kita jadi romantik tu pastikan ketiak tak bau busuk, gigi tak gosok. Labur la sikit duit untuk nampak rambut kemas dan bau badan yang wangi. Tak gitu?
4. Bijak dan ada prinsip hidup
Wanita suka lelaki yang bijak dan rajin membaca. Bukan yang nampak bijak, tapi sebenarnya tak bijak. Wanita boleh dapat tahu betapa bijaknya kita menerusi tindakan atau keputusan yang kita buat. Berdiam diri tanpa berbuat apa-apa jelas tak nampak bijak bukan. Misalnya ada masalah kewangan, takkan nak duduk diam lepas tu komen kat facebook. Suruh buat kerja tambahan kata malas pula. Wanita mudah turn-off kalau lelaki yang selalu lambung puji diri sendiri. Ingat pantang larang ni! "Ewww, kenapa laki ni rasa diri best?"
5. Suka kanak-kanak
Sayang pada kanak-kanak akan buatkan rating anda di mata perempuan melonjak tinggi. Tak dapat dibuat-buat kalau suka dekat bebudak tau. Sayang pada kanak-kanak memberikan refleksi bahawa anda seorang penyayang. Kenapa suka kanak-kanak mudah je. Dalam setiap wanita ada sifat kanak-kanak, sukar diduga, susah dirunding atau diyakinkan. Kalau pandai handle kanak-kanak, pandai lah jaga hati si dia. Satu lagi poin tambahan untuk anda.
6. Mahir mengatur kewangan 
"Saya tak pilih yang berharta atau kaya, yang penting hatinya jujur." Ini ayat filem tahun 70-an. Ya saya tahu anda bukan materialistik, bukan itu yang saya maksudkan. Yang saya nak bagi penekanan di sini adalah dia tahu mencorakkan kewangan anda sebagai ketua keluarga. Takkan awak nak dia masuk skim cepat kaya sebagai jaminan kestabilan ekonomi keluarga kan? Sebagai lelaki, anda tahu apa keutamaan antara kehendak atau keperluan. Di situ, keputusan nak pilih kereta apa, rumah yang bagaimana mencerminkan kematangan anda dalam soal kewangan.
7. Surprise!
Ini adalah idaman semua wanita walaupun mereka selalu nafikan. Kejutan yang saya maksudkan ni bukannya menyorok belakang almari pastu awak pergi sergah dia. Haha! "Alaa, tak suka! Kenapa bagi hadiah ni? Bencilah." Saya menaip ayat di atas pun geli. Hehe. Tapi dalam hati mereka meronta-ronta kegembiraan, senyum tak henti-henti kalau dapat hadiah atau kejutan yang kita buat.
8. Bercuti! 
Saya kira semua perempuan suka travel. Tak semua kaki shopping, ada jugak jenis sukakan pemandangan cantik dan belajar budaya baru ditempat orang. Apa yang mereka inginkan adalah pengalaman dan kenangan manis sepanjang bercuti tu sebagai memori indah. Kombinasi bercuti ni boleh digandingkan dengan poin nombor 7 di atas. Plan percutian setiap tahun dengan isteri, ia akan jadi satu masa yang ditunggu-tunggu oleh dirinya.
9. Good listener!
Lelaki yang hebat adalah seorang yang bersedia untuk mendengar keluhan wanita. Semua sedia maklum wanita ni kan complicated. Ada masa mood dia swing tak tentu pasal. Sebagai lelaki kita perlu stand-by mode bagi dia masa untuk tenangkan fikiran, dan jangan sekali-kali dipaksa. Biarkan dia tenang dan ok, baru kita tanya dan biar dia luahkan apa dirasa. Bonus tambahan, bukan sekadar mendengar tapi bagi cadangan yang boleh bantu dia selesaikan masalah dialami.
10. Ilmu agama yang mantap
"Saya nak suami yang dapat bimbing saya dan keluarga ke syurga." Biasa kita dengar artis selalu komen macam tu kan. Tapi hakikatnya semua orang mahukan pemimpin keluarga yang dapat pandu satu keluarga ke syurga. Nak ke syurga bukan kena pandai sembang je, tapi sekali dengan praktikalnya. Jaga solat awal waktu, khatam mengaji setiap tahun, ibadah sunat dibuat, hormat orang tua, rajin bersedekah. Nak lagi power, biasakan diri keluar 3 hari bersama jemaah tabligh setiap bulan. Datangkan pengalaman rasa bagaimana Nabi sayang pada umat. Kita keluar dakwah ni bukan nak ajar orang, tapi nak betulkan diri sendiri. Kalau tak percaya, pergi tanya Ustaz Ebit Lew, dia mesti cakap benda yang sama. Semoga bermanfaat, bersedia untuk jadi lelaki yang hot dan rare!