public-gold-logo-maroon
Cara kumpul 100 gram emas dalam masa 5 tahun untuk anak-anak
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Cara kumpul 100 gram emas dalam masa 5 tahun untuk anak-anak
Cara kumpul 100 gram emas dalam masa 5 tahun untuk anak-anak

Ramai yang mengeluh dengan pelbagai kos yang semakin meningkat saban tahun. Ada kos sara diri, kos keluarga, kos penginapan, kos pendidikan dan lain-lain. Dianggarkan sekarang ini kos untuk memulakan pengajian di peringkat ijazah di universiti-universiti tempatan adalah sekitar RM30,000 ke RM40,000 bergantung kepada jurusan.

dimanakah-tempat-anda-buat-simpanan-untuk-pendidikan-anak-anda

Biasanya ada 2 jalan penyelesaian :

  1. Penyelesaian tradisional melalui kaedah menabung.
  2. Penyelesaian kontemporari melalui takaful pendidikan.

CARA SIMPAN 100 GRAM - UNTUK SEORANG ANAK

Jika saya boleh cadangkan, anda boleh mengumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun. Kiraannya sangat mudah :

  • 1 GRAM X 12 BULAN = 12 GRAM SETAHUN
  • Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
  • Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. Jika konsisten selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata. InysAllah ia cukup.

APA ANDA PERLU BUAT?

Anda boleh memilih beberapa cara yang saya akan cadangkan di bawah ini :

  1. Jika anda mampu untuk memiliki 100 gram pada hari ini, maka mulakan sekarang untuk memiliki sejumlah 100 gram pada hari ini dengan belian tunai.
  2. Jika anda kurang mampu, anda boleh bayar secara ansuran dalam tempoh 4 bulan.
  3. Jika anda tidak mampu, maka beli emas cara GAP Public Gold adalah cara terbaik. Ia kaedah belian mengikut gram dengan pilihan istimewa. Anda tidak pening kepala untuk menyimpan emas itu kerana Public Gold akan menyimpannya tanpa upah.

Melalui GAP juga anda boleh membuka akaun bersama untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Untuk tahu apa itu GAP, boleh klik link ini: Apa itu GAP

Untuk membeli melalui GAP klik link ini: Cara membuka GAP Account