Kajian menunjukkan seramai 75% rakyat Malaysia tak mampu nak sediakan walau RM1,000 kalau berlaku apa-apa kecemasan!
Jom baca 8 tabung yang anda perlu ada. Buat sikit checklist ya.
1. Tabung KecemasanSelalu saya pesan, kita wajib ada simpanan kecemasan ni sama dengan 3 ke 6 bulan gaji kita. Contoh:
- Gaji RM3,000 x 3 bulan simpanan = RM9,000
- Gaji RM3,000 x 6 bulan simpanan = RM18,000
- Jual terus emas ke Public Gold
- Bawa emas itu ke Ar-Rahnu untuk digadaikan.
2. Tabung Deposit RumahPastikan ada modal pendahuluan iaitu sebanyak 15% untuk duit deposit rumah. Biasanya 10% untuk deposit rumah, dan 5% bayaran untuk legal fees, valuation fees dan lain-lain. Contoh: Beli rumah subsale harga RM200,000 RM200,000 x 15% = RM30,000 Alternatif lain anda boleh guna duit KWSP untuk duit deposit rumah. Orang muda mesti peka satu perkara penting, cari rumah ikut kelayakan gaji anda.
3. Daftar HajiSementara masih muda dan banyak duit, cepat-cepat daftar akaun Tabung Haji sebanyak RM1,300 sahaja untuk dapatkan giliran untuk menunaikan Haji. Alternatif lain anda boleh juga guna akaun KWSP untuk daftar Haji ni. Cara nak daftar mudah, boleh terus daftar guna THiJari atau Maybank2u. Pastikan akaun Maybank telah di link dengan akaun Tabung Haji. Cara hubungkan Maybank2u dengan akaun Tabung Haji: Klik link
4. TakafulLetakkan komitmen 5% ke 10% untuk Simpanan Perlindungan. Di mana kita nak simpan?
- Takaful Hayat (Life Takaful)
- Kad Perubatan (Medical Card)
5. Tabungan PersaraanPernah tak fikir tentang exit strategy atau retirement plan? Yang penjawat awam tak apalah kan ada pencen, namun bagi yang swasta dan tiada pencen pastikan simpanan dalam KWSP anda ada banyak. Macam mana nak tahu berapa banyak mencukupi? Seandainya gaya hidup selepas bersara diperlukan adalah RM3,000 sebulan, maknanya setahun perlukan RM36,000. Untuk dapatkan dividen berjumlah RM36,000 kita perlukan dana simpanan sekurangnya RM500,000 yang berikan pulangan dividen minima 6% setiap tahun! Faham ke tak ni?
6. MelaburPastikan ada mentor yang boleh bimbing untuk kembangkan wang melalui pelaburan. Untuk mulakan pelaburan, paling penting adalah ilmu pelaburan itu sendiri. Baca buku, hadir seminar dan cari mentor. Contoh produk pelaburan yang ada: - Amanah Saham - Emas - Hartanah - Saham 7. Kumpul Saham Akhirat Hafizul percaya, semua pasti tahu tangan yang memberi itu kan lebih baik dari tangan yang menerima. Usah risau dan takut untuk bersedekah. Walaupun dari pandangan mata macam duit berkurangan, hakikatnya ia membuatkan rezeki kita semakin bertambah dan berkat. Umpama tabur biji benih buah-buahan. Di pandangan mata dan fikiran kita, simpanan benih semakin berkurangan. Tapi sebenarnya ia akan menumbuhkan lebih banyak buah dan biji benih yang baru. Pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan. Contohnya: - Wang tunai atau barang kemas - Tanah, kebun atau ladang - Rumah atau bangunan - Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat) - Kereta dan macam-macam lagi!
8. Bebas Kewangan (Financial Freedom)Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja. Contoh mudah ialah ada 3 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 3 rumah tadi, kita dapat pendapatan pasif RM3,000 tanpa perlu bekerja!! Sejujurnya memang susah nak buat 8 tabung di atas ni. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah. Asalkan wajib ada. Pilihlah yang terbaik. Semoga bermanfaat. Hafizul Hakim