0 0
8 tabung penting semua orang mesti ada! - HafizulHakim.com
Categories: Saving

8 tabung penting semua orang mesti ada!

Read Time:3 Minute, 6 Second

Kajian menunjukkan seramai 75% rakyat Malaysia tak mampu nak sediakan walau RM1,000 kalau berlaku apa-apa kecemasan!

Jom baca 8 tabung yang anda perlu ada. Buat sikit checklist ya.

1. Tabung Kecemasan

Selalu saya pesan, kita wajib ada simpanan kecemasan ni sama dengan 3 ke 6 bulan gaji kita.

Contoh:

  • Gaji RM3,000 x 3 bulan simpanan = RM9,000
  • Gaji RM3,000 x 6 bulan simpanan = RM18,000

Saya sendiri menyimpan tabung kecemasan ini dalam bentuk emas fizikal. Tahun 2013 saya beli pada harga RM13,000 dan kini dah jadi RM18,000. Seolah-olah saya tambah RM5,000 dalam dana kecemasan! Hehe

Istimewanya, kalau perlukan tunai saya ada dua pilihan sama ada:

  1. Jual terus emas ke Public Gold
  2. Bawa emas itu ke Ar-Rahnu untuk digadaikan.

2. Tabung Deposit Rumah

Pastikan ada modal pendahuluan iaitu sebanyak 15% untuk duit deposit rumah. Biasanya 10% untuk deposit rumah, dan 5% bayaran untuk legal fees, valuation fees dan lain-lain.

Contoh:
Beli rumah subsale harga RM200,000
RM200,000 x 15% = RM30,000

Alternatif lain anda boleh guna duit KWSP untuk duit deposit rumah. Orang muda mesti peka satu perkara penting, cari rumah ikut kelayakan gaji anda.

3. Daftar Haji

Sementara masih muda dan banyak duit, cepat-cepat daftar akaun Tabung Haji sebanyak RM1,300 sahaja untuk dapatkan giliran untuk menunaikan Haji.

Alternatif lain anda boleh juga guna akaun KWSP untuk daftar Haji ni. Cara nak daftar mudah, boleh terus daftar guna THiJari atau Maybank2u. Pastikan akaun Maybank telah di link dengan akaun Tabung Haji.

Cara hubungkan Maybank2u dengan akaun Tabung Haji: Klik link 

4. Takaful

Letakkan komitmen 5% ke 10% untuk Simpanan Perlindungan. Di mana kita nak simpan?

  • Takaful Hayat (Life Takaful)
  • Kad Perubatan (Medical Card)

Kenapa perlu ada tabung perlindungan ni? Ramai orang tak tahu tabung perlindungan ni antara tabung yang sangat penting sebab kita ni setiap hari berhadapan dengan ketidakpastian atau risiko.

5. Tabungan Persaraan

Pernah tak fikir tentang exit strategy atau retirement plan? Yang penjawat awam tak apalah kan ada pencen, namun bagi yang swasta dan tiada pencen pastikan simpanan dalam KWSP anda ada banyak.

Macam mana nak tahu berapa banyak mencukupi?

Seandainya gaya hidup selepas bersara diperlukan adalah RM3,000 sebulan, maknanya setahun perlukan RM36,000. Untuk dapatkan dividen berjumlah RM36,000 kita perlukan dana simpanan sekurangnya RM500,000 yang berikan pulangan dividen minima 6% setiap tahun!

Faham ke tak ni?

6. Melabur

Pastikan ada mentor yang boleh bimbing untuk kembangkan wang melalui pelaburan. Untuk mulakan pelaburan, paling penting adalah ilmu pelaburan itu sendiri. Baca buku, hadir seminar dan cari mentor.

Contoh produk pelaburan yang ada:
– Amanah Saham
– Emas
– Hartanah
– Saham

7. Kumpul Saham Akhirat

Hafizul percaya, semua pasti tahu tangan yang memberi itu kan lebih baik dari tangan yang menerima.

Usah risau dan takut untuk bersedekah. Walaupun dari pandangan mata macam duit berkurangan, hakikatnya ia membuatkan rezeki kita semakin bertambah dan berkat.

Umpama tabur biji benih buah-buahan. Di pandangan mata dan fikiran kita, simpanan benih semakin berkurangan. Tapi sebenarnya ia akan menumbuhkan lebih banyak buah dan biji benih yang baru.

Pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan. Contohnya:

– Wang tunai atau barang kemas
– Tanah, kebun atau ladang
– Rumah atau bangunan
– Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat)
– Kereta dan macam-macam lagi!

8. Bebas Kewangan (Financial Freedom)

Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja.

Contoh mudah ialah ada 3 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 3 rumah tadi, kita dapat pendapatan pasif RM3,000 tanpa perlu bekerja!!

Sejujurnya memang susah nak buat 8 tabung di atas ni. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa poin pun jadilah. Asalkan wajib ada. Pilihlah yang terbaik. Semoga bermanfaat.

Hafizul Hakim

Happy
0 0 %
Sad
0 0 %
Excited
0 0 %
Sleepy
0 0 %
Angry
0 0 %
Surprise
0 0 %
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

5 Star Diamond Founder Master Dealer Public Gold

View Comments

Share
Published by
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Recent Posts

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…

3 days ago

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy/Sell rates. Data scraped on…

3 days ago

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…

3 days ago

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia PG Buy/Sell prices for 10g–1000g gold bars. Source last update: Unknown.…

4 days ago

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia gold bar prices: temporarily unavailable due to a technical issue. We…

4 days ago

Public Gold Malaysia Prices – 13 November 2025

Latest Public Gold Malaysia buy and sell prices for 10g, 20g, 50g, 100g, 250g and…

4 days ago

This website uses cookies.