public-gold-logo-maroon
Apa beza antara kedai emas dengan Public Gold?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Apa beza antara kedai emas dengan Public Gold?
Apa beza antara kedai emas dengan Public Gold?
Antara soalan yang paling kerap ditanya oleh newbie emas adalah:
Apa beza antara emas yang dijual Public Gold dengan kedai emas?
Artikel kali ni menerangkan perbezaan antara Public Gold dengan kedaiemas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah. Pre-Artikel: Anda mesti faham ada 2 (DUA) tujuan pembelian emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan. 1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
  • Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan dan Habib Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang. Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah ke atas semua barangnya.
  • Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah... Katanya bagi discount. Kedai emas yang untung bukan pembeli.
  • Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).
  • Public Gold pula menjual jongkong emas/ dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).
  • Public Gold lebih bertumpu kepada emas untuk tujuan pelaburan. Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia.
2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM
  • Untuk pengetahuan anda, kedai emas menggunakan harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).
  • Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.
  • Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook. Di kedai emas pula, harga masih kekal - malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.
3. Jual semula emas di Kedai Emas Memang Merugikan Orang Ramai
  • Public Gold menawarkan belian balik kepada semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas. Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas yang dibeli, boleh rujuk harga "PG Buy" di website Public Gold. Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.
  • Kedai emas biasanya mengenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas anda tak kiralah gold bar ataupun barang kemas.
  • Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa. Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.
4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.
  • Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam . Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • Anda boleh "lock" harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.
  • Sekarang Public Gold juga memiliki apps yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.
Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold. Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual. Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan. Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat. Nota: Cerita di Akhbar Kosmo keluaran Selasa, 27 Julai 2010 "Lebih Mahal Disimpan Lama" ada menceritakan segalanya berkenaan pelaburan emas Public Gold. Penulis,
  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta | Dealer Code: PG000839
  • Authorized Master Dealer Public Gold (active since 2010)
  • HP: 019-8884452 | Follow FB: Hafizul HakimĀ